Pernahkah anda dengar mengenai urutan Yoni? Dalam bahasa Sanskrit, Yoni bermaksud “rahim” yang dianggap sebagai bahagian suci badan dan digunakan sebagai simbol kepada alat kelamin wanita (faraj).
Ia merupakan urutan khusus untuk faraj wanita yang membenarkan diri mempelajari tubuhnya dan mengetahui apa yang terbaik dari aspek seksual. Malah, boleh dijadikan cara suami memikat hati isteri ketika bersetubuh.
Baca juga:Urutan Zakar Teknik Jelqing Buat Abang ‘Punya’ Jadi Besar & Ereksi Tahan Lama!
URUTAN YONI BERI SENSASI BARU PADA WANITA
Selama ini, faraj pastinya sering terdedah kepada pelbagai tekanan atau sentuhan yang membosankan. Melalui urutan yoni, faraj dirangsang secara lembut, perlahan dan berahi supaya wanita yang diurut berasa lebih selesa dengan tubuhnya.
Urutan berahi ini bukan sahaja berfokuskan kepada aspek seksual, malah emosi juga. Melakukan bersama pasangan, hubungan suami isteri akan lebih terjalin dengan ikatan yang kuat.
Baca juga: Cara Basuh Kemaluan Lelaki & Perempuan Menurut Islam, Beribadat Pun Tak Rasa Was Was
MANFAAT URUTAN YONI
Berikut adalah beberapa perkara yang boleh dirasai semasa melakukan urutan yoni dengan betul, berdasarkan kepercayaan asal amalan Tantra dalam budaya Hindu dan Buddha kuno.
1. Mengatasi trauma
Urutan Yoni dikatakan dapat membantu pemulihan trauma seksual, terutama apabila anda berasa tertekan semasa bersenggama.
Hal ini kerana, selain bahagian tubuh badan lain (perut dan payudara) yang juga merupakan zon erotik, urutan yoni boleh merangsang faraj secara seksual sehingga mampu mencapai orgasme dengan mudah.
2. Mengurangkan kebimbangan
Sentuhan yang berlaku semasa urutan yoni dikatakan mampu membuatkan seseorang itu lebih rileks sekaligus mengurangkan kebimbangan.
Dengan pelbagai rangsangan dalam urutan yoni, emosi seseorang dapat disalurkan dengan lebih lancar dan lengkap dengan tenaga yang lebih bebas.
3. Kepuasan seksual jangka panjang
Rangsangan dalam urutan yoni juga boleh meningkatkan kepuasan seksual dalam jangka masa panjang. Terdapat sentuhan khas pada faraj yang membolehkan seseorang menerokai kawasan seksualnya.
Maka tidak hairanlah, urutan yoni semakin popular dan ramai yang melakukannya dengan kerap.
4. Meningkatkan sensitiviti faraj
Terdapat ramai orang yang melakukan urutan yoni untuk meningkatkan sensitiviti faraj.
Ini bermakna sentuhan dalam urutan yoni akan menimbulkan sensasi tersendiri sehingga orang berkenaan berasa lebih ghairah ketika melakukan hubungan intim.
Baca juga: 5 Doa Suami Isteri Ketika Bersetubuh, Ingat Keluar Air Mani Kena Baca Doa No. 3!
KONTEKS ISLAM
Urutan yoni adalah amalan berunsur sensual dan spiritual dari budaya lain yang tidak sesuai dengan ajaran Islam.
Jika tujuan anda adalah kesihatan wanita, rujuklah pakar sakit puan wanita Muslimah yang memahami batas-batas Islam, mematuhi etika dan syariat.
- Sentuhan aurat antara bukan mahram adalah haram.
- Segala bentuk zina, rangsangan seksual luar nikah atau aktiviti yang membawa kepada syahwat secara bebas dilarang.
- Rawatan berkaitan kesihatan faraj mesti dilakukan oleh profesional bertauliah dalam keadaan darurat dan dengan menjaga adab Islam (contohnya pesakit wanita dirawat oleh doktor wanita).
- Urutan yang berunsur seksual, walaupun atas nama terapi, jika dilakukan di luar konteks perkahwinan adalah tidak dibenarkan.
- Islam mengizinkan pasangan suami isteri menikmati antara satu sama lain selagi ia tidak melibatkan perkara yang diharamkan (seperti liwat atau menyakiti pasangan).
- Sekiranya suami isteri ingin melakukan urutan atau sentuhan intim secara persetujuan bersama dan tidak bertentangan dengan syarak, ia dibenarkan dalam batas bilik tidur.
Baca juga: Bukan Semua KAKI SEJUK Itu Normal, Rupanya Ada Penyakit! Cuba Pastikan Dulu
Sumber: Hello Doktor
FT Image: medicalnewstoday

