Euforia Bola 2026
Dapur

MyResipi Ajak Rakyat Malaysia Undi Juara Nasi Lemak & Sertai Acara Mini ‘Makan Sini Best’, Banyak Hadiah!

makan sini best

MyResipi kini melangkah ke fasa kedua kempen komuniti Makan Sini Best, sebuah inisiatif istimewa untuk menobatkan juara ‘Nasi Lemak Paling Best di Lembah Klang’ berdasarkan pilihan rakyat Malaysia sendiri.

Selepas menerima lebih 100 respon daripada pembaca sepanjang bulan Ogos, lima jenama nasi lemak telah berjaya menawan hati dan mara ke pusingan akhir!

Baca juga: Resepi 5 Jenis Nasi Yang WAJIB Kena Tahu & Masak Di Rumah, Mesti Licin Pinggan!

TOP 5 NASI LEMAK KEMPEN MAKAN SINI BEST DAH DISENARAIKAN

makan sini best

Mereka bukan calang-calang kerana setiap satu punya keistimewaan tersendiri:

1. Nasi Lemak Yam Yam – Sambal utara istimewa dengan keseimbangan rasa pedas, masin dan tidak terlalu manis. Nasinya pula harum berperisa jintan manis.

2. Nasi Lemak Saleha – Nasi suam yang kaya rasa, sambal ‘just nice’ dan lauk pilihan seperti ayam rendang kegemaran ramai.

3. Nasi Lemak Village Park – Terkenal dengan ayam goreng berempah rangup di luar, lembut berjus di dalam. Nasi santannya menggunakan gabungan beras basmati dan biasa yang menjadikannya lebih harum dan ringan.

4. Nasi Lemak Tamparuli – Dibalut daun pisang, disajikan dengan sambal tumis pekat bersama lauk menarik seperti ayam goreng berempah dan paru sambal.

5. Nasi Lemak Tok Ami – Sambal dimasak hampir 8 jam, resepi turun-temurun dengan portion banyak dan harga berpatutan.

Undian Kini Dibuka, Ada Acara Mini

makan sini best

Rakyat Malaysia kini berpeluang menentukan siapakah yang layak bergelar juara melalui laman rasmi myresipi.com/makansinibest

“Undian daripada komuniti adalah kunci untuk menobatkan juara sebenar. Inilah masa kita meraikan pengusaha tempatan yang setiap hari menghidangkan nasi lemak terbaik mengikut selera rakyat,” kata Muhamad Shaifullah Tayep, Penulis Kanan Kandungan Berjenama REV Media Group.

Undian dibuka sehingga 7 Oktober 2025.

Bukan itu sahaja, kempen ini akan mencapai kemuncaknya pada Khamis, 9 Oktober 2025 dengan acara mini khas di lokasi pemenang nasi lemak (akan diumumkan kelak). Antara yang menanti pengunjung:

  • 100 nasi lemak percuma untuk pengunjung terawal
  • Produk tajaan daripada Sunshine Bakeries Malaysia & ZUS Coffee
  • Pelanggan ke-50 akan bawa pulang Le Nona Tropical Orchid Tableware Set
  • Peluang berjumpa vendor juara secara langsung

Jangan lepaskan juga peluang sertai peraduan di Facebook MyResipi. Dua peserta dengan komen terbaik mengapa mereka dan seorang rakan wajar dirai di gerai pemenang akan memenangi hadiah menarik – Le Nona Jumbo Rose Wok Set dan Le Nona European Rose Tableware Set.

Jadi, tunggu apa lagi? Undi sekarang, sokong vendor tempatan, dan hadir ke acara kemuncak ‘Makan Sini Best’ pada 9 Oktober untuk sama-sama meraikan wira nasi lemak pilihan rakyat!

Ikuti @myresipi di Instagram, Facebook & TikTok untuk kemas kini terkini serta kandungan eksklusif di sebalik tabir.

Baca juga: Akhirnya Jumpa ‘Rahsia’ Arwah Mak Masak Nasi Lemak Susah Basi & Sambal ‘Kick’, Sedapnya!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×