Mungkin ada yang pernah dengar mengenai Program Pencarian Murid Pintar dan Berbakat dilaksanakan oleh Pusat GENIUS@Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada setiap tahun. Pengumuman terbaharu, Ujian Saringan UKM 1 sudah bermula pada 10 Mac sehingga 31 Mei 2025.
Apa yang menariknya mengenai ujian ini untuk masa hadapan anak-anak?
Baca lagi: Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2026 Dibuka 1 Mac 2025, Daftar Cepat Supaya Anak Tak Tercicir!
PENCARIAN MURID PINTAR, MAK AYAH BOLEH DAFTAR ANAK BUAT UJIAN SARINGAN UKM

Saringan mengenali murid pintar dan berbakat ini meliputi Ujian Saringan UKM1, UKM2 dan UKM3. Malah, pencarian ini disasarkan kepada murid berumur 8 hingga 15 tahun di seluruh negara dan bagi mengenalpasti seramai mungkin pelajar-pelajar pintar intelek semulajadi di Malaysia melalui beberapa siri ujian.
Ujian Saringan UKM1 terbuka kepada semua murid pelbagai bangsa berumur 9 hingga 15 tahun, manakala bagi murid beragama Islam ia dibuka kepada murid seawal usia 8 tahun hingga 15 tahun.
Para ibu bapa boleh mendaftarkan anak-anak untuk mengambil ujian ini atau mendaftar secara kelompok di sekolah-sekolah anak anda melalui laman web http://ukm1.geniuspintar.ukm.my
Tatacara Kemasukan Pelajar Ke Kolej GENIUS@Pintar

Carta aliran saringan UKM.
1. Seseorang murid yang ingin belajar di Kolej GENIUS@Pintar, UKM perlu lulus Ujian UKM1, UKM2, menyertai dan berjaya menamatkan program Perkhemahan Cuti Sekolah, serta lulus ujian UKM3.
2. Murid-murid terpilih yang melepasi ujian saringan UKM1 dan UKM2 akan ditawarkan untuk mengikuti satu program pengayaan (enrichment) yang dipanggil Program Pengayaan Cuti sekolah (PPCS) sama ada di Pusat GENIUS@Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) atau di Kolej GENIUS Insan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
3. PPCS yang dijalankan dalam tempoh dua hingga tiga minggu ini menyediakan program dan aktiviti pengayaan berpaksikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) yang akan memberikan pendedahan kepada murid-murid dengan aktiviti akademik, aktiviti kokurikulum berbentuk kesenian dan sukan, program-program kerohanian dan lawatan sambil belajar. Terdapat lebih daripada 30 aktiviti pengayaan yang ditawarkan. Antara contoh aktiviti pengayaan yang menarik yang ditawarkan adalah kelas Robotik, Crime Scene Investigation, Genetic Engineering, Young Physicist, Fast-Paced Biology, Star Rangers dan pelbagai lagi
4. Asas kepada pembinaan PPCS adalah untuk menyediakan program dan aktiviti mencabar yang bersesuaian dengan kebolehan kognisi tinggi murid pintar dan berbakat dalam membentuk mereka menjadi modal insan yang holistik bagi melahirkan bakal pemikir dan pencipta pada masa hadapan.
5. Bagi murid-murid berumur 11 hingga 12 tahun, mereka akan melalui ujian saringan yang seterusnya dan sekiranya mereka melepasi semua ujian saringan ini, mereka akan ditawarkan untuk mengikuti Program Menengah Pintar dan Berbakat berdasarkan kecenderungan mereka di antara tiga (3) buah sekolah seperti berikut:
– Kolej GENIUS@Pintar Negara (KGPN) di Kampus Seremban, Negeri Sembilan;
– Kolej GENIUS Insan (KGI) di USIM, Nilai, Negeri Sembilan; dan
– Akademi Sains Pendang (ASP) di Kedah.
Murid yang terpilih untuk mengikuti pendidikan menengah pintar dan berbakat di tiga buah sekolah ini akan memperoleh pendidikan yang menyokong keperluan kebolehan kognitif mereka yang tinggi, mendapat pengalaman pendidikan yang mencabar dan berteknologi tinggi menerusi kurikulum yang rigorous (selaras dengan keperluan kebolehan/kognitif murid), mempunyai peluang untuk meneroka bidang yang diminati menerusi program-program pengayaan seperti Olympiad, Genome to Space; DNA Barcoding Sequencing dan Astrophysics, F1 in Schools, Robotic dan lain-lain.
Selain itu, murid juga berpeluang mendapat pengalaman tindikan industri (industrial engagement/ imersion) dan mempunyai peluang bersaing di peringkat dunia / antarabangsa melalui pertandingan, penyelidikan, program pertukaran murid pintar dan berbakat serta berpeluang melanjutkan pengajian ke universiti terbaik dunia dan universiti Ivy League.
Sebarang persoalan atau maklumat lanjut anda boleh semak pada alamat dan butiran berikut:
Telefon +(603) 8921 7503 (General Enquiries)
Fax: +(603) 8921 7525
E-mail: [email protected]
Alamat*: Pusat PERMATA@Pintar Negara,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 UKM Bangi,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.
Baca lagi: Step-by Step Guna Kalkulator Merit Untuk Mohon UPU Online, Peluang Lebih Cerah Masuk IPTA!
Sumber: UKM Permata Pintar Negara
