Tular di media sosial satu rakaman video memaparkan kejadian di mana seorang bapa bertindak ‘menyerang’ penduduk setempat selepas anaknya ditegur kerana tunggang motosikal secara berbahaya.
Dalam rakaman berdurasi kurang satu minit itu, kelihatan bapa berkenaan mendekati sekumpulan pemuda yang dikatakan menegur anak lelakinya kerana menunggang motosikal sambil melakukan aksi berisiko di kawasan perumahan.
Baca juga: Pasangan Reda Pemergian Anak Kembar Autisme Lemas Ketika Aktiviti Renang, JPWPKL Siasat SOP Program
ANAK TUNGGANG MOTOSIKAL SECARA BERBAHAYA

“Yang korang marah anak aku ni apahal? Suka-suka je nak marah anak aku,” tegas si bapa dengan nada tinggi.
Namun, seorang lelaki menjawab dengan tenang bahawa teguran tersebut dibuat kerana anaknya membawa motosikal dengan cara membahayakan nyawa sendiri dan orang lain.
Pun begitu, bapa kepada remaja itu seolah-olah enggan menerima teguran berkenaan, malah mempertahankan tindakan anaknya.
“Dia nak buat apa dengan motosikal dia tu, dia punya pasal lah,” balasnya sambil menunjukkan wajah kurang senang.
Penduduk sekitar pula menegaskan bahawa mereka hanya ingin menjaga keselamatan remaja terbabit serta mengelakkan kejadian tidak diingini.
“Kami ini risaukan keselamatan kawasan ni, risau jadi berlaku kemalangan.
“Memang ini bukan jalan kami, tapi ini melibatkan keselamatan dia dan keselamatan orang lain tak terjamin. Bahaya dia bawa motosikal macam tu.
“Nasib baik tak terlanggar tiang elektrik lepas dia buat wheelie,” ujar salah seorang daripada mereka.
Warga maya naik angin, “Ni jenis mak bapa enabler!”
Video yang tular di platform akaun X itu nyata mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya. Rata-rata mengecam sikap si bapa yang dianggap gagal mendidik anak agar lebih berdisiplin di jalan raya.
Antara komen pedas yang ditinggalkan:
“Ini yang dikatakan mak bapak enabler. Jap lagi anak mati eksiden, keluarlah ayat ‘Anak saya baik, anak saya tak macam tu.'”
“Bapak dengan anak elok ditangan-kan. Kalau tak reti ajar anak, jangan salahkan orang lain bila jadi apa-apa.”
“Nanti anak mati mula la drama ‘Anak saya tak rempit.'”
“Kalau aku la, aku tampar terus anak depan bapak dia. Silap-silap bapak dia pun kena sekali. Sebab apa? Sebab tak reti ajar. Kalau langgar orang lain, macam mana? Bukan nyawa dia je, nyawa orang lain pun terancam.”
“Bang, tak payah tegur dah. Tabur paku jer kat jalan. Biar dia rasa sendiri akibatnya. Bodoh betul jenis bapa bebal macam ni.”
Walaupun ada segelintir yang menganggap video ini sekadar content, namun mesejnya cukup besar iaitu tegur-menegur dalam masyarakat adalah tanda prihatin, bukan cari salah.
Dalam hal ini, sepatutnya ibu bapa menjadi contoh dan mengambil teguran dengan hati terbuka, bukan mempertahankan tindakan yang jelas membahayakan.
Sikap lepas tangan hanya akan mengundang padah, bukan sahaja pada anak sendiri tetapi juga orang lain di jalan raya. Kerana akhirnya, yang menyesal bukan orang luar, tapi keluarga sendiri bila tragedi sudah berlaku.
Anak dia bawak moto laju…siap wheely….orang setempat tegur la….sebab bahaya…..
Bapa: “Dia punya moto…dia punya pasai la…..” pic.twitter.com/PvKN5AXCmT
— MYNEWSHUB (@mynewshub) November 9, 2025
Sumber: X @mynewshub
FT Image: @mynewshub
