Euforia Bola 2026
Famili

“Saya Sedih Doktor Psikiatri Tak Bagi Pergi Sekolah” – Tular Nota Didakwa Milik Suspek Kes Ti*am Pelajar

NOTA SUSPEK TIKAM PELAJAR

Beberapa nota suspek tikam pelajar di sebuah sekolah di Kuala Langat kini menjadi perhatian ramai selepas tersebar di media sosial.

Tinjauan di platform Threads mendapati beberapa pengguna mula memuat naik gambar surat berkenaan tidak lama selepas insiden tersebut berlaku pada Isnin.

Baca juga: Detik Cemas Tercekik Tulang Ikan Ketika Makan Beradab, Pengantin Lelaki Dikejarkan Ke Hospital!

NOTA SUSPEK TIKAM PELAJAR TULAR, “SAYA SEDIH TAK DAPAT PERGI SEKOLAH”

NOTA SUSPEK TIKAM PELAJAR

Difahamkan, kandungan surat itu menyentuh mengenai perasaan remaja terbabit serta beberapa individu lain. Antara kandungan yang tular ialah luahan mengenai keinginannya untuk kembali bersekolah.

“Saya sangat sedih sebab psikiatri tidak benarkan saya ke sekolah. Saya nak pergi ke sekolah, belajar dengan kawan-kawan..ketawa dengan kawan-kawan,” tulisnya.

Selain surat tersebut, turut tular gambar yang didakwa merupakan kad Orang Kurang Upaya (OKU) milik suspek, rakaman video kejadian serta beberapa gambar lain yang dikaitkan dengan insiden berkenaan.

Walau bagaimanapun, sehingga kini pihak polis belum mengesahkan sama ada surat dan bahan yang tersebar di media sosial itu benar-benar milik suspek atau mempunyai kaitan dengan siasatan yang sedang dijalankan.

NOTA SUSPEK TIKAM PELAJAR

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi Isnin, seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan selepas dipercayai ditikam menggunakan sebilah pisau di kawasan sekolah.

Suspek yang dilaporkan tidak hadir ke sekolah sejak beberapa bulan lalu kerana menjalani rawatan kesihatan dipercayai memasuki kawasan sekolah sebelum kejadian berlaku.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi sebelum ini memaklumkan remaja berusia 15 tahun itu direman selama empat hari sehingga Jumaat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Baca juga: 110 Rakyat Malaysia Disahkan Hidap Kanser Setiap Hari, Rekod Pesakit Wanita Lebih Tinggi

Sumber: Threads & Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×