Perkongsian seorang anak di aplikasi TikTok mendapat perhatian ramai apabila dia menjalankan tugas jururawat di rumah demi menjaga ayah tersayang.
Perkongsian video berdurasi kurang satu minit itu sudah pastinya membuatkan warganet sebak melihat pengorbanan wanita tersebut.
Baca juga: Susah Nak Cari Wang Kecil Untuk Anak Belanja Sekolah, Wanita Ini Gesa Buat Sistem ‘Cashless’
JALANKAN ‘TUGAS JURURAWAT’ DI RUMAH DEMI JAGA AYAH

Menurut Amirah Hussin, dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja sebagai seorang jururawat kerana ingin berbakti menjaga ayah.
Jelasnya, tindakannya itu sudah pastinya menimbulkan tanda tanya ramai pihak namun dia percaya pada rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
“Rezeki Allah itu luas. Pekerjaan boleh cari, keluarga tiada gantinya. Doakan saya dipermudahkan urusan mencari rezeki dengan cara lain,” luahnya di dalam video itu.
Tambahnya lagi, tugas jururawat yang digalas sewaktu bekerja tidak pernah dilupakan dan sering dipraktis untuk orang sekeliling.
“Alhamdulillah Nursing skills saya tak pernah hilang. Sentiasa apply untuk keluarga dan orang sekeliling. Tiada sedikit pun penyesalan,” katanya.
Menjengah ke video lain, Amirah telah berkongsi bahawa pada 1 Ogos 2024 ayah tersayang berusia 69 tahun telah dijemput illahi.
“Hargai setiap peluang jika masih ada ibu ayah. Saya rindu nak dengar balik gurauan ayah, bebelan ayah macam dulu. Doakan kami dapat berkumpul sekeluarga di syurga nanti. InshaaAllah,” tulisnya menerusi kapsyen di video.
Video tersebut dibanjiri komen daripada warganet di mana rata-rata mendoakan agar segala urusan dipermudahkan.
Baca juga: Suruh Madu Mandi & Tidur Bersama, Pendakwah Jelas Hukumnya Haram Walau Isteri Reda
Sumber: TikTok Amirah Hussin
