Euforia Bola 2026
Nur

Trend Tudung Labuh Nampak Dalam Makin Menjadi, Pendakwah Beri Nasihat Tak Capai Tujuan Aurat!

tudung labuh

Memakai tudung labuh sememangnya sinonim dengan imej muslimah yang ingin tampil patuh syariah.

Namun menurut pendakwah selebriti, Ustaz Iddin Ramli, trend memakai tudung labuh tetapi daripada kain yang jarang dan nipis semakin membimbangkan kerana ada yang menampakkan bahagian dalam seperti corak baju dan rantai.

Baca juga: Isu Usahawan Terkenal Bela Anjing Di Rumah Untuk Keselamatan, Ini Teguran Mufti & Hukumnya

TREND TUDUNG LABUH TAPI JARANG & NIPIS

tudung labuh

Gambar hiasan: AI

Dalam satu perkongsian video di TikTok, Iddin tampil menjelaskan bahawa pemakaian sebegitu sebenarnya bertentangan dengan tujuan asal pemakaian tudung labuh dalam Islam.

“Jawapannya tidak boleh kerana tujuan wanita melabuhkan tudung adalah untuk mentaati perintah Allah S.W.T.

“Pemakaian tudung labuh adalah untuk menutupi bahagian-bahagian yang tidak sepatutnya ditayangkan kepada orang yang bukan mahram,” ujarnya.

Tambahnya lagi, walaupun tudung tersebut labuh dari segi panjang, namun jika materialnya nipis dan menampakkan bahagian dalam, maka ia tetap tidak memenuhi syarat menutup aurat dengan sempurna.

“Walaupun labuh tapi masih nampak belah dalam, tujuan dan maksud memakai tudung labuh itu tidak tercapai,” jelasnya.

Baca juga: Nak Cantik Bertudung Tapi Rambut Gugur Pula, Gaya Bonggol Mungkin Penyebabnya!

Iddin turut menyarankan agar wanita yang memilih tudung labuh mempertimbangkan pemilihan bidang tudung yang lebih besar supaya bahagian penting seperti dada benar-benar terlindung.

“Nasihat saya, antara punca tudung nipis dan jarang sampai boleh nampak belah dalam itu disebabkan tudung itu bidang kecil. Carilah bidang yang lebih besar dan pakailah tudung kerana Allah,” nasihatnya.

Beliau menegaskan bahawa niat utama berhijab seharusnya berpaksikan keimanan, bukan sekadar untuk mengikut gaya atau menarik perhatian orang. Tujuan wanita memakai tudung juga adalah untuk menarik cinta dan rahmat Allah S.W.T dan bukannya untuk menarik pandangan manusia.

Baca juga: Hukum Melihat Kemaluan & Najis Ketika Buang Air, Ini Penjelasan Yang Jelas Daripada Ustaz

Sumber: TikTok @iddinramli

FT Image: AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×