Euforia Bola 2026
40 Minggu

Trend Bersalin Czer Kian Meningkat, Pakar Dedah Ada Kesan Pada Imun & Perkembangan Anak

trend bersalin czer

Statistik terkini daripada National Health & Morbidity Survey 2022 menunjukkan bahawa 3 daripada 10 kanak-kanak di Malaysia dilahirkan melalui pembedahan Caesarean. Fenomena ini menunjukkan trend bersalin czer yang semakin meningkat, namun ramai ibu mungkin tidak menyedari bahawa kaedah bersalin ini boleh memberi kesan tertentu kepada kesihatan anak pada masa hadapan.

Baca juga: Isteri Shah Iskandar Terpaksa Gugur Kandungan 16 Minggu, Bayi Hidap Sindrom Edwards “Anak Syurga, Jumpa Di Jannah”

trend bersalin czer

Gambar hiasan: L Venhuis

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, trend bersalin czer menunjukkan peningkatan yang jelas.

Kajian mendapati kadar caesarean meningkat daripada sekitar 10.5% pada tahun 2000 kepada 15.7% pada 2006, dan melonjak kepada 23% antara tahun 2011 hingga 2015 di hospital utama Malaysia.

Peningkatan ini berlaku sama ada kerana faktor perubatan, komplikasi kehamilan atau pilihan ibu sendiri. Namun, semakin ramai ibu yang memilih bersalin czer perlu juga memahami bahawa risiko bukan hanya untuk ibu, tetapi juga untuk anak yang dilahirkan.

Bagaimana bersalin Czer mempengaruhi kesihatan anak?

Sistem imun dan kesihatan usus kanak-kanak adalah aspek utama yang terkesan dengan kelahiran czer. Mikrobiom usus yang berkembang secara optimum memainkan peranan penting dalam:

  • Membina daya tahan tubuh
  • Menyokong perkembangan otak
  • Menyeimbangkan bakteria baik untuk kesihatan keseluruhan

Bayi yang dilahirkan secara caesarean cenderung mempunyai ketidakseimbangan mikrobiota, yang boleh membawa kepada:

  • Sistem imun lebih mudah terjejas
  • Masalah pencernaan seperti perut kembung
  • Imbangan bakteria baik yang kurang stabil
  • Risiko alahan atau alergi lebih tinggi
  • Perkembangan kognitif yang mungkin lebih perlahan

Kajian juga menunjukkan bahawa kanak-kanak czer berisiko lebih tinggi mengalami jangkitan saluran pernafasan, alahan dan masalah pencernaan.

Selain itu, ketidakseimbangan bakteria dalam usus boleh mengganggu penyerapan nutrien penting seperti zat besi, vitamin B dan asid lemak, yang diperlukan untuk pertumbuhan otak yang sihat pada peringkat awal kehidupan.

Usus sihat, otak bijak

Bakteria baik dalam usus bukan sahaja penting untuk sistem imun, tetapi juga menyokong hubungan usus-otak (gut-brain axis). Ketidakseimbangan mikrobiota boleh mengganggu perkembangan kognitif dan pertumbuhan fizikal anak.

Ini adalah sebab mengapa ibu bapa perlu mengambil langkah awal untuk menyokong pembentukan sistem imun yang sihat si manja, terutamanya jika dilahirkan secara caesarean.

Baca juga: Ibu Bapa Arwah Bayi Al Fateh Dapat Zuriat Kembar 3, Sultan Pahang & Tengku Ampuan Pahang Zahir Ucapan Tahniah

trend bersalin czer

Gambar hiasan: Pinterest.

Tips menyokong kesihatan anak yang bersalin Czer

Walaupun bersalin czer mempunyai cabaran tersendiri dalam perkembangan imuniti dan kesihatan usus, ibu bapa masih boleh mengambil langkah proaktif bagi membantu mereka membesar dengan sihat:

  1. Pemakanan harian: Pilih makanan yang menyokong perkembangan mikrobiom usus yang sihat, termasuk makanan kaya serat, buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh.
  2. Susu rumusan kanak-kanak: Pemilihan susu formula dengan kandungan nutrien penting untuk sistem imun adalah sangat disarankan, terutama bagi kanak-kanak czer.
  3. Prebiotik: Membantu pertumbuhan bakteria baik dalam usus dan menyokong keseimbangan mikroflora.
  4. 2’-FL (2’-Fucosyllactose): Prebiotik khusus yang menyokong sistem imun serta keseimbangan mikrobiota usus.
  5. MFGM (Milk Fat Globule Membrane): Menyokong perkembangan otak serta sistem imun kanak-kanak.
  6. DHA: Nutrien penting untuk fungsi otak dan penglihatan yang sihat.
  7. Gabungan nutrien: Susu formula dengan kombinasi prebiotik, 2’-FL, MFGM dan DHA sangat sesuai untuk kanak-kanak czer bagi menyokong sistem pertahanan tubuh mereka secara optimum.

Baca juga: Kulit Hitam Tiba-Tiba Muncul Masa Hamil, Doktor Kongsi Punca & Cara Mommy Hadapinya Dengan Tenang

Sumber: Hello Doktor

FT Image: Zelaltaskin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×