Euforia Bola 2026
40 Minggu

Wanita Ada Sejarah Bersalin Czer 5x, Kini Suami Kedua ‘Demand’ Nak 3 Anak Lagi!

cara melahirkan anak

Segelintir lelaki yang berkahwin dengan ibu tunggal, pastinya menginginkan cahaya mata dari hasil benih mereka sendiri. Namun, tanpa sedar mereka lupa akan risiko yang bakal dihadapi si isteri, terutama yang mempunyai sejarah pembedahan cara melahirkan anak dengan kaedah caesarean (czer) berulang kali.

Baca juga: Kerap Amalkan Air Zamzam, Penantian 20 Tahun Suami Isteri Berakhir Selamat Timang Zuriat Sulung!

CARA MELAHIRKAN ANAK, CZER DAH 5 KALI TAPI SUAMI NAK LAGI

cara melahirkan anak

Gambar: TikTok @dokteramiraobgyn

Seorang pakar sakit puan (OBGYN) dikenali dengan nama Dr. Amira telah berkongsikan sebuah kisah untuk dijadikan pengajaran dan memberi ilmu kepada para suami di luar sana.

Menurut cerita Dr. Amira, dia didatangi seorang wanita berusia 35 tahun untuk meminta pendapat mengenai hasrat suami barunya yang ingin menambah cahaya mata. Difahamkan, wanita tersebut telah menjalani lima kali czer bersama suami pertamanya.

Dan pada perkahwinan keduanya kini dia sedang hamil anak keenam dan menjadikan bilangan pembedahan yang perlu dilaluinya bakal enam kali.

Bukan itu sahaja, suami keduanya itu juga bercadang untuk mempunyai tiga anak yang sekali gus bakal meningkatkan jumlah czer sehingga lapan kali.

Persoalannya, adakah selamat untuk seorang wanita melahirkan anak berulang kali melalui operasi czer?

Baca juga: Siapa Paling Berisiko SIDS (Bayi Mati Mengejut), Alert Dengan 7 Senarai Ini Dan Sila Take Note!

Baca juga: Dr. Cuba Bermain Nyawa, IUCD Hilang Dari Rahim Ibu Baru Habis Pantang & Trauma Kena Czer Lagi!

Risiko pembedahan czer berulang kali & prosedur pensterilan

Menurut Dr Amirah, semakin banyak kali seseorang wanita menjalani pembedahan czer, semakin tinggi risiko komplikasi yang boleh menjejaskan kesihatannya.

Antara risiko-risiko yang dihadapi wanita berulang kali czer adalah mengalami pendarahan berlebihan, ari-ari melekat pada dinding rahim, penipisan dinding rahim dan gangguan kepada organ-organ lain.

Selain itu, Dr. Amira menasihatkan pasangan tersebut untuk tidak hamil lagi dan kepada si suami diingatkan untuk lebih bersyukur atas kurniaan zuriat yang sedia ada.

Tambahnya, wanita yang telah menjalani lima atau enam kali czer, kebiasaannya akan dinasihatkan oleh doktor untuk menjalani prosedur pensterilan. Di mana, individu yang melakukan prosedur pensterilan tidak perlu risau akan keinginan seksual atau kitaran haidnya kerana ia tidak terjejas.

Sebaliknya, ia boleh menjadi pilihan terbaik untuk mengelakkan risiko komplikasi berbahaya akibat kehamilan berulang kali melalui pembedahan.

Baca juga: Ibu Pilih Nak Bersalin Sendiri Walau Bayinya Songsang, Lepas Dr. Pujuk Baru Lembut Hati Nak Ke Hospital!

Sumber: TikTok @dokteramiraobgyn

FT Image: siloamhospitals

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×