Gara-gara sikap seorang penumpang tren KTM yang tidak bertanggungjawab, habis tergendala pergerakan kereta api ES9052 yang menyebabkan kelewatan selama 120 minit pada hari kejadian Sabtu lalu.
Susulan kejadian itu, semalam pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah mengeluarkan peringatan tegas kepada pengguna agar tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh mengganggu perkhidmatan tren semasa ia beroperasi.
Baca juga: Individu Ini Dedah Modus Operandi Jahat Di R&R, Ada ‘Tangan Panjang’ Cabut Skru Kereta Orang Awam!
TREN KTM LEWAT GARA-GARA PENUMPANG

“Disertakan video insiden yang berlaku pada 12 Oktober 2024 (Sabtu), di mana seorang penumpang tren ES9052 telah menarik brek kecemasan ketika tren sedang bergerak dan menyebabkan kelewatan tren selama 120 minit.
“Video ini dikongsi sebagai langkah kesedaran agar insiden seperti ini tidak berulang,” kenyataan KTMB menerusi perkongsian yang dibuat di Instagram semalam.
Baca juga: Wanita Kongsi MAIN KUTU Cara Selamat Di Maybank2u, Nak Cecah 10K Dah Target 10 Bulan Je!
Tegasnya, pengguna yang didapati melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tegas di bawah Seksyen 122, Akta 715 dan Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.
“Mana-mana orang yang menggunakan secara tidak wajar alat isyarat kecemasan yang disediakan oleh seseorang pengendali berlesen dalam mana-mana koc kereta api atau pada mana-mana tren kereta api boleh dikenakan tindakan denda.
“Apabila disabitkan, pesalah akan didenda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya,” katanya.
Undang cemuhan dari warga maya
Video tersebut yang mendapat 17.2 ribu tontonan sehingga kini itu, telah menerima amarah dalam kalangan warga maya. Di mana, mereka menyifatkan tindakan individu yang tidak bertanggungjawab itu telah menyusahkan penumpang lain.
“Kecil-kecil taknak ma****, dah besar menyusahkan orang.
“Sakai tak pernah naik tren beginilah perangainya. Elok manusia macam ini kena banned je terus dari naik public transport. Menyusahkan orang saja.
“Allahu, apa teruk sangat perangai? Tolong ambil tindakan dekat dia! Jangan bagi dia terlepas.”
“Aduh kesian kot semalam dengan ada rombongan budak sekolahnya. Stuck punya lama dengan staff KTM kena marahnya lagi. Menyusahkan ramai pihaklah, termasuk aku yang penat sangat yang rasa nak sampai rumah cepat.
“Harap dah ambil tindakan ke atas orang itu.” antara komen-komen yang ditinggalkan warga maya.
Lihat siaran ini di Instagram
Baca juga: Ketahui 6 Cara DIY Periksa ‘Defect’ Rumah Baru, Senang Nak Tuntut Dari Pemaju!
Sumber: Instagram @ktmbofficial
FT Image: Nadzirah Roselan
