Euforia Bola 2026
Famili

Tragedi Kolam Kumbahan Ragut Nyawa 3 Kanak-Kanak Di Sibu Jaya, Dua Beradik Antara Yang Lemas

kolam kumbahan

Tragedi pilu menggemparkan penduduk sekitar Pangsapuri Sibu Jaya, Sarawak, apabila tiga kanak-kanak ditemukan lemas dalam sebuah kolam kumbahan berhampiran kawasan perumahan itu, pada petang Rabu.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada jam 4.03 petang sebelum sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Jaya digerakkan ke lokasi.

Baca juga: Derita Adik Adam Usus Terkeluar Sejak Lahir, Terpaksa Balut Guna Beg Plastik…Akhirnya Terima Bantuan

TRAGEDI KOLAM KUMBAHAN SIBU JAYA

kolam kumbahan

Gambar ihsan bomba: TIGA kanak-kanak ditemui lemas di kolam kumbahan berhampiran pangsapuri Sibu Jaya, di sini, semalam.

Setibanya di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati tiga mangsa kanak-kanak, terdiri daripada dua perempuan dan seorang lelaki, dipercayai terjatuh ke dalam kolam kumbahan yang mempunyai kedalaman kira-kira dua meter.

Bagaimanapun, ketika pasukan bomba tiba, ketiga-tiga mangsa telah dibawa naik ke tebing kolam kumbahan berkenaan oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian.

Baca juga: Permintaan Abdur Rahman Sunting Gambar Arwah Keluarga Buat Ramai Sayu, Netizen Bersatu Realisasikan Kenangan

kolam kumbahan

Gambar: Sinar Harian

Identiti mangsa kemudiannya dikenal pasti sebagai dua beradik, Macx Devdynne Sharie Merdeka, 12, dan Macx Welwait Merdeka, 9, serta seorang lagi kanak-kanak perempuan, Daniella Arissa Tayas Maringgai, 10.

Kakitangan paramedik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan ketiga-tiga mangsa sudah meninggal dunia akibat kejadian kolam kumbahan tersebut.

Mayat kesemua mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, manakala maklumat lanjut mengenai punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Baca juga: Sempena Tahun Baharu Cina, Kenderaan Barangan Dilarang Guna Jalan Raya Pada Tarikh-Tarikh Ini!

Sumber: Harian Metro (1), (2)

FT Image: Harian Metro / Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×