Euforia Bola 2026
Famili

Ejen Ali The Movie 2 Catat Tontonan Tertinggi di 5 Negeri, Misi RM65 Juta Masih ‘Onz’!

EATM2

Tayangan Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) kini memasuki minggu-minggu terakhir di pawagam, namun sokongan penonton di seluruh negara masih kekal memberangsangkan.

Lima negeri dikategorikan sebagai penyumbang utama kepada kutipan tiket setakat ini adalah dari Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur dan Putrajaya), Johor, Perak dan Kedah.

Baca juga: Tayangan Ejen Ali The Movie 2 Di Singapura, Cepat Bawa Anak Serbu Senarai Lokasi Ini!

TOP 5 NEGERI TUNJUK MINAT PADU UNTUK TAYANGAN EATM2

EATM2

EATM2, yang disasarkan mencapai kutipan sebanyak RM65 juta, terus menarik perhatian penonton pelbagai peringkat usia dengan aksi padat tenaga, rekaan bunyi sinematik dan visual animasi bertaraf antarabangsa.

Ramai penonton yang kembali menonton filem ini lebih daripada sekali, memandangkan jalan cerita yang sarat dengan elemen misteri dan teori tersembunyi yang hanya mula difahami selepas tontonan berulang.

Dalam usaha meneruskan misi kutipan RM65 juta, penonton digalakkan untuk terus memberi sokongan kepada filem ini di pawagam seluruh negara.

Sama ada bersama keluarga, rakan atau menonton secara solo, EATM2 dilihat mampu memberi pengalaman menonton yang unik dan membanggakan dalam konteks filem animasi tempatan.

Ayuh cipta satu lagi kejayaan besar buat filem animasi tempatan. Kalau bukan sekarang, anda mungkin sudah terlepas peluang menonton EATM2 di pawagam sebelum misi ini tamat sepenuhnya.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×