Isu berhubung permohonan penyambungan bekalan tiang elektrik di Kuala Sat, Jerantut, Pahang yang tular di media sosial akhirnya mendapat penjelasan rasmi daripada Tenaga Nasional Berhad.
Menerusi satu kenyataan, TNB memaklumkan pihaknya memahami keperluan bekalan elektrik sebagai kemudahan asas yang sangat penting buat kehidupan harian sesebuah keluarga, khususnya bagi penduduk di kawasan pedalaman.
TNB JELAS ISU BERKAITAN BEKALAN TIANG ELEKTRIK

Menurut TNB, permohonan berkaitan penyambungan bekalan elektrik itu sebenarnya telah diterima melalui kontraktor pada penghujung Disember 2025. Susulan itu, permohonan kepada pihak berkaitan telah dikemukakan pada Januari 2026 bagi membolehkan kerja-kerja penanaman tiang dilaksanakan.
Bagaimanapun, jelas TNB, pelaksanaan sesuatu projek di lokasi terbabit tertakluk kepada beberapa kelulusan tertentu termasuk aspek keselamatan, teknikal, status tanah serta izin lalu daripada pihak berkaitan.
Dalam perkembangan terkini, TNB memaklumkan pihaknya telah menerima kebenaran untuk meneruskan kerja-kerja penanaman tiang pada 17 Mei 2026.
“Kerja-kerja telah bermula hari ini, 20 Mei 2026 dan sasaran memulakan tugas penyambungan bekalan adalah pada 24 Mei 2026,” menurut kenyataan tersebut.

TNB turut menjelaskan bahawa pihaknya akan terus bekerjasama dengan semua agensi berkaitan bagi memastikan kes seumpama itu dapat diuruskan dengan lebih teratur dan inklusif pada masa akan datang.
Pada masa sama, orang ramai yang ingin membuat aduan atau melaporkan sebarang keadaan berisiko berkaitan operasi TNB boleh menghubungi saluran rasmi berikut:
- Talian 15454
- Private Message (PM) di Facebook TNB Careline
- Direct Message (DM) di X @Tenaga_Nasional
- E-mel kepada [email protected]
Baca juga: Remaja 18 Tahun Putus Kepala Akibat Kemalangan, Sepatutnya Masuk Universiti Bulan Depan…
Sumber: Facebook TNB Careline
