Para ibu yang bekerja memang tiada noktahnya daripada menjalankan tanggungjawab di rumah. Lebih-lebih lagi, figura ini mempunyai anak kecil yang menyusu badan dan perlu melakukan proses pam susu sambil berpuasa.
Justeru itu, agar ibu-ibu menyusu dapat kekal bertenaga dan berjaya meneruskan penyusuan sepanjang Ramadan, ikuti 5 tips daripada Nad Masrom yang merupakan Kaunselor Laktasi bertauliah dari Pusat Laktasi Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Baca juga: 30 Hari Menu Sahur Ibu Menyusu Kenyang Sampai Petang, Idea Berbuka Pun Ada!
5 TIPS PAM SUSU DI BULAN RAMADAN

Gambar: Nad Masrom
1. Kekalkan jadual pam yang konsisten
Walaupun berpuasa, cuba kekalkan kekerapan pam seperti biasa. Contohnya:
- Sebelum atau sewaktu sahur
- Sebelum atau selepas berbuka
- Sebelum tidur
- Tengah malam jika masih menyusu bayi kecil
Jika bekerja, pastikan tetap pam setiap 3-4 jam seperti biasa untuk mengelakkan pengurangan susu.
2. Pastikan pengambilan air yang cukup
Gunakan teknik “2-4-2” untuk memastikan badan kekal terhidrat:
- 2 gelas semasa sahur
- 4 gelas antara berbuka hingga sebelum tidur
- 2 gelas sebelum tidur
Elakkan minuman berkafein kerana boleh menyebabkan dehidrasi.
Baca juga: Aduh! Tiap Kali Baby Menyusu Mesti Puting Payudara Pedih, Ini Punca & Petua Merawatnya
Baca juga: Resipi Aiskrim Dari Susu Badan Ibu, Ramuan Tulen ‘Dessert’ Istimewa Untuk Anak!
3. Makan makanan yang tinggi nutrisi
Pilih makanan yang membantu penghasilan susu seperti:
- Protein: ayam, ikan, telur
- Serat tinggi: oat, kurma, sayur hijau
- Lemak sihat: badam, avokado, kelapa
Elakkan makanan tinggi gula dan makanan diproses yang boleh menyebabkan keletihan.
4. Pam susu sebelum sahur dan selepas berbuka
Waktu ini sesuai kerana:
- Sebelum sahur: Badan masih bertenaga dan hormon prolaktin tinggi
- Selepas berbuka: Badan sudah cukup hidrasi dan bertenaga untuk penghasilan susu
Jika perlu, tambah sesi pam pada waktu malam untuk meningkatkan rangsangan.
5. Kurangkan stres & tidur cukup
Stres dan kurang tidur boleh mengurangkan penghasilan susu. Bagi mengurangkan stres:
- Ambil nap 10-15 minit jika letih
- Lakukan teknik pernafasan atau zikir semasa pam
- Pastikan tidur cukup sekurang-kurangnya 4-6 jam sehari
Jika susu kelihatan berkurang, jangan panik. Pastikan bayi masih mendapat cukup susu dan teruskan pam secara konsisten.
Semoga tips ini dapat membantu ibu-ibu menyusu kekal bertenaga dan berjaya meneruskan penyusuan sepanjang Ramadan!
Baca juga: Wanita Ini Kongsi Diet Untuk Kenyang Lama Sewaktu Puasa, Terutama Bagi Ibu Yang Baru Habis Pantang!
Sumber: Nad Masrom
FT Image: Nad Masrom
