Euforia Bola 2026
Percutian

Ramai Tak Sedar Taktik Kecurian Dalam Pesawat, Buat 4 Tips Mudah Ini Untuk Pastikan Barang Selamat!

tips melindungi barang

Kes kecurian dalam pesawat kini semakin menjadi isu serius di rantau Asia, terutamanya bagi penumpang yang tidak mengambil langkah berjaga-jaga. Mengetahui beberapa tips melindungi barang boleh membantu mengurangkan risiko menjadi mangsa sepanjang penerbangan.

Menurut perkongsian Facebook oleh Abangcaptain, statistik menunjukkan kes kecurian dalam pesawat di KLIA sahaja meningkat ketara daripada 33 kes pada tahun 2022 kepada 146 kes sehingga Oktober 2024, sekali gus membimbangkan keselamatan penumpang.

Baca juga: Tutorial Lengkap Cara Guna Aplikasi MyGOV Untuk Semak STR & Bantuan Kewangan, Tak Payah Pening Dah!

TIPS MELINDUNGI BARANG DALAM PESAWAT

tips melindungi barang

Gambar hiasan: jannoon028

Abangcaptain menjelaskan lagi, kes kecurian di dalam pesawat semakin berleluasa oleh kerana beberapa sebab utama dan berikut merupakan bagaimana cara ia boleh berlaku:

1. Sindiket terancang

  • Kecurian bukan lagi sekadar tindakan individu yang mengambil peluang, tetapi dilakukan oleh sindiket jenayah (terutamanya dari luar negara).
  • Mereka membeli tiket penerbangan semata-mata untuk mencuri.
  • Mereka sering bergerak dalam kumpulan kecil (2-4 orang) untuk memerhati dan memberi isyarat kepada satu sama lain.

2. Memanfaatkan waktu “lalai” penumpang

Pencuri biasanya bertindak pada waktu-waktu kritikal di mana kewaspadaan penumpang berada pada tahap paling rendah:

  • Waktu Lampu Malap: Terutama dalam penerbangan jarak jauh apabila penumpang tidur
  • Ke Tandas: Penumpang sering meninggalkan beg di tempat duduk tanpa pengawasan
  • Waktu Makan: Fokus penumpang beralih kepada makanan, memberikan ruang untuk pencuri menyelongkar ruang bagasi atas (overhead bin)

3. Taktik “menukar wang”

Salah satu taktik licin yang dikesan adalah pencuri tidak mengambil seluruh dompet.

Mereka hanya mengambil wang tunai bernilai tinggi (seperti USD atau Euro) dan menggantikannya dengan wang kertas bernilai rendah (seperti Riel atau Rupiah) supaya berat dompet tetap sama dan mangsa tidak perasan kehilangan tersebut sehingga sudah mendarat.

4. Ruang bagasi atas bukan milik peribadi

Ramai penumpang menganggap barang di dalam overhead bin adalah selamat kerana ia berada di atas kepala mereka. Hakikatnya, sesiapa sahaja boleh membuka ruang tersebut dengan alasan mahu mengambil barang sendiri, menjadikannya tempat yang sangat terdedah.

Baca juga: Berjaya Bekukan Akaun Scammer Selepas Bengang Ditipu RM150, Lelaki Ini Dedah Taktik Mudahnya!

tips melindungi barang

Gambar hiasan: DC Studio

TIPS LINDUNGI BARANG ANDA DI DALAM PESAWAT

Berikut beberapa tips melindungi barang di dalam pesawat yang boleh diamalkan oleh penumpang supaya tidak menjadi mangsa jenayah semasa penerbangan:

  1. Letakkan zip menghadap ke dalam – Susun beg kabin di ruang atas dengan bahagian zip menghadap ke dalam atau ke belakang bagi menyukarkan pencuri membuka beg dengan pantas.
  2. Gunakan mangga pada beg kabin – Walaupun hanya beg kabin, pastikan ia berkunci kerana pencuri biasanya mencari sasaran yang mudah dan cepat.
  3. Simpan barang berharga di bawah tempat duduk – Pasport, dompet dan barang kemas sebaiknya disimpan dalam beg kecil dan diletakkan di bawah tempat duduk hadapan, bukan di ruang bagasi atas.
  4. Letakkan beg di seberang laluan – Jika boleh, letakkan beg di ruang atas seberang laluan supaya anda boleh melihat dengan jelas jika ada individu lain menyentuh atau membuka beg tersebut.

Langkah-langkah ini mungkin kelihatan kecil, namun ia mampu mengurangkan risiko menjadi mangsa kecurian ketika berada di dalam pesawat.

Baca juga: Dapat Panggilan Tapi Tiada Suara? Jangan Jawab, Itu Perangkap Terbaru Scammer!

Sumber: Facebook Abangcaptain

FT Image: Freepik / Getty Images

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×