Jepun merupakan salah sebuah negara yang sangat popular dan menjadi pilihan untuk anda yang ‘kaki melancong’. Namun, anda perlu ambil tahu tips melancong ke Jepun dengan teliti supaya perjalanan di sana lancar.
Hal ini kerana, ramai yang diingatkan supaya ‘fit’ sebelum sampai di sana dan ada beberapa tradisi yang perlu dipelajari kerana peraturan dan budaya di Jepun agak berbeza. Berikut merupakan perkongsian tips buat anda yang bakal ke Negara Matahari Terbit ini.
Baca juga: 10 Tempat Terpanas Dunia Catat Suhu Lebih 50 Darjah Celcius, Fikir 2 Kali Kalau Nak Pergi Sana!
TIPS MELANCONG KE JEPUN, INI ‘TRICKS & HACKS’ KENA TAHU

1. Bawa kad debit Malaysia. Nanti boleh keluarkan duit yen dari ATM 7 Eleven.
2. Muat turun aplikasi Halal Japan, supaya boleh tahu makanan yang boleh makan ketika di convenience store.
3. Jika pergi luar bandar, guna kereta supaya senang bergerak.
4. Bawa bagasi 24 inci apabila selalu guna tren dan bullet train. Senang nak angkat apabila naik tangga, dan senang hendak letak di compartment atas di dalam gerabak bullet train.
5. Apabila itinerari yang banyak berjalan, pastikan bersedia untuk bersenam sebelum tiba Jepun.
6. Di Jepun, tiada budaya tawar-menawar. Harga yang terpapar itulah harganya. Melainkan selalu beli daripada penjual yang sama.
7. Tandas boleh ada di 7 Eleven atau Family Mart tertentu.
8. Bercuti pada pertengahan musim sejuk senang hendak nampak gunung Fuji.

9. Hati-hati apabila hendak parking kereta, perlu cari tempat coin parking untuk parking. Apabila mahu berhenti sekejap di sebelah jalan, perlu ada orang di tempat kerusi memandu dan perlu bagi double signal.
10. Apabila naik bullet train dan berhenti di stesen yang bukan stesen terakhir, perlu keluar secepat mungkin. Bullet train hanya berhenti dalam lingkungan masa 1 minit sahaja.
11.Sekiranya tempah hotel, pastikan hotel ada bilik air/tandas peribadi. Ada masanya hotel 5 bintang pun perlu kongsi bilik air di kolam air panas (di situ orang Jepun tidak pakai sehelai benang). Contoh hotel yang selesa dan tidak terlalu mahal:
– APA hotel
– Toyoko Inn
12.Apabila sewa kereta, guna Toyota Rent A Car. Ia syarikat yang boleh terima lesen antarabangsa. Kereta yang dibenarkan ialah kereta 8 seater dan ke bawah. Seandainya grup sebesar 9 orang, memang perlu guna pemandu di Jepun untuk sewa van sebesar Toyota Hi-Ace Grand Cabin.
Satu lagi, apabila sewa kereta pada musim sejuk dan perlu pergi ke kawasan bersalji, pastikan letak permintaan (request) tayar salji (snow tire). Ia sangat penting kerana tanpa tayar salji, sesetengah tempat tidak dibenarkan masuk melainkan perlu tukar tayar atau pasang rantai tayar (tire chain).
Kelebihan Toyota Rent A Car: apabila ada kemalangan kecil seperti badan kereta tergarit, atau ada terkemek sedikit, kita tidak perlu bayar seandainya kita sudah set pilihan ‘insurans penuh’ apabila buat penempahan kereta di internet.
13.Apabila memandu kereta dan mahu parking, cari coin parking yang ada 最大料金 (had limit pembayaran maksimum). Jadi kita tahu, dalam tempoh 12 jam, 6 jam, 24 jam, ia akan tertulis seperti contoh 3,000 yen untuk tempoh parking 12 jam. Seandainya tidak tertulis, silap hari bulan perlu bayar 10,000 yen (RM300) apabila parking semalaman.
14.Apabila guna tandas, sekiranya mahu pilih tandas yang ada washlet (pancur air), boleh pilih tandas seperti 7E, tandas pusat membeli belah. Tandas di stesen tren seperti JR selalunya tiada washlet. Kemudian setelah gunakannya, pastikan ia dalam keadaan kering.
Seandainya ada banyak sangat butang, boleh guna Google Translate. Hati-hati supaya tidak tertekan butang ‘call staff’, butang itu selalu wujud di tandas OKU.
15.Perlu hati-hati beli barangan elektronik kerana voltan tidak sama. Kadar voltan di Jepun hanya 100 V sahaja. Jadi tidak perlu bawa periuk nasi dari Malaysia. Beli sahaja nasi siap masak di 7 Eleven atau Family Mart. Hanya perlu letak di dalam microwave untuk panaskannya.
Peranti elektronik yang okay: Powerbank (cuma perlu periksa sama ada power bank itu boleh terima voltan tinggi macam 240 V di Malaysia atau tidak)
16.Jika menggunakan eskalator di sana, selalunya orang Tokyo berdiri di bahagian kiri, orang Osaka pula berdiri di bahagian kanan. Cuma sekarang, pihak Jepun tidak galakkan berjalan ketika menaiki eskalator.
17.Bagi yang mahu mencari barangan second hand, boleh cari barang di kedai 2nd street, Hardoff Super Bazaar, atau Mandai Shoten. Selalunya tempat yang cantik berada di Saitama, Fuji (Kofu), Ichikawa (wilayah Chiba).
Sesiapa yang mahu ke flea market, ia juga pengalaman yang baik. Di situ ada masanya boleh tawar menawar dan ada waktunya boleh dapat barangan yang lagi baik berbanding kedai Hardoff atau 2nd Street.

*Jadi, buat anda yang bakal menjejakkan kaki di bumi Jepun, jangan lupa untuk bersedia dengan 17 tips ini ya!
Baca juga: 10 Tempat Hanya Indah Khabar Dari Rupa Di Malaysia, Kalau Pergi Rasa Serabut!
Sumber: X @kamalzharif
