Subjek Sejarah sering dianggap mencabar kerana memerlukan daya ingatan yang tinggi terhadap fakta, tarikh dan peristiwa penting. Justeru itu, mengetahui tips hafal subjek sejarah yang berkesan amat penting bagi membantu pelajar memahami dan mengingati isi dengan lebih mudah.
Baca juga: Pelajar Skor 9A SPM Kongsi Senarai YouTube Channel Untuk Ulang Kaji, Ramai Setuju Memang ‘Power’!
TIPS HAFAL SUBJEK SEJARAH UNTUK TINGKATAN 5
Berdasarkan gambar yang dikongsikan, setiap isi penting diringkaskan kepada suku kata atau perkataan pendek yang mudah diingati.

Sebagai contoh, ciri-ciri negara bangsa kerajaan alam Melayu:
Wilayah Pengaruh, Raja, Undang-undang, Rakyat diringkaskan menjadi Wi Ra Da Ra
Teknik ini sangat berkesan kerana otak manusia lebih mudah mengingati pola ringkas berbanding ayat panjang.
Untuk topik Kesultanan Melayu Melaka pula, digunakan gabungan suku kata seperti Ke Ra Tan Pe Dang Besar iaitu:
- Kerajaan
- Rakyat
- Kedaulatan
- Wilayah pengaruh
- Undang-undang
- Lambang kebesaran
Walaupun bunyinya agak pelik, inilah kekuatan teknik ini. Frasa yang unik dan luar biasa sebenarnya lebih mudah diingati kerana ia ‘menarik perhatian’ otak.
Bagi hukum kanum Melaka pula: Jenayah, Sultan, Kekeluargaan, Ekonomi → Jena su ke mi
Undang-undang laut Melaka: Jenayah, Pelayaran, Nakhoda, Cukai → Jena belayar nakhoda cuti

Dengan memecahkan kepada bahagian kecil, pelajar dapat fokus satu persatu tanpa rasa terbeban.
Walaupun teknik ini membantu hafalan, pelajar tetap perlu memahami maksud di sebalik setiap isi.
Sebagai contoh, peranan sultan:
- Menjaga keselamatan
- Mewujudkan perpaduan
- Memperkenalkan undang-undang
- Memelihara keamanan
- Mengutip cukai
Diringkaskan menjadi: C U P A K
Namun tanpa pemahaman, hafalan ini mudah hilang. Jadi, pastikan setiap singkatan difahami maksudnya.
Bagi peranan rakyat pula:
Peranan Rakyat:
- Taat setia kepada pemerintah
- Patuh segala arahan pemerintah
- Menjadi tentera
- Menghadiri majlis umum
- Menyumbang tenaga kerja
Diringkaskan menjadi: Tentera taat arahan sumbang tenaga untuk majlis
Menghafal subjek Sejarah tidak semestinya sukar jika menggunakan teknik yang betul. Kaedah ini membuktikan bahawa pembelajaran boleh jadi lebih menyeronokkan dan efektif.
Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!
Baca juga: Tak Puas Hati ‘Result’ SPM 2025? Ini Cara Buat Semakan Semula Dalam Tempoh 30 Hari Secara Online!
Sumber: TikTok Study Tip
