Dinding rumah kotor sering membuatkan ruang nampak kusam dan tidak terurus, sama ada disebabkan cap jari, kesan calar, atau percikan makanan.
Ramai yang risau untuk membersihkannya kerana bimbang cat akan rosak atau tertanggal. Namun, dengan cara yang betul, dinding yang kotor boleh dibersihkan dengan mudah tanpa menjejaskan permukaannya.
Baca juga: Nota Ringkas Buat Pilot Ubah Segalanya, Wanita Ini Syukur Dapat Bertemu Arwah Ayah Sebelum Dikebumi
DINDING RUMAH KOTOR? INI CARA HILANGKAN TANPA ROSAKKAN CAT

Freepik
1. Kain mikrofiber lembap
Kain mikrofiber bersih yang dilembapkan mampu menanggalkan pelbagai kesan calar dan kotoran tanpa merosakkan permukaan dinding.
Basahkan kain dengan air biasa dan perah sehingga tidak menitik. Gosok perlahan pada bahagian yang kotor. Gerakkan kain ke bahagian lain yang bersih apabila kotoran mula berpindah ke kain. Biarkan kawasan tersebut kering sendiri.
Sesuai untuk kesan percikan makanan yang masih baharu, cap jari berminyak dan kesan daripada tepi perabot berkusyen.
2. Sabun cecair pencuci pinggan
Campurkan 1/2 sudu teh sabun pencuci pinggan yang mengandungi agen penyahgris bersama 2 cawan air suam. Celup kain mikrofiber ke dalam campuran ini dan perah sehingga lembap saja. Gosok perlahan pada kesan kotoran kemudian bilas dengan kain lembap (air biasa).
Biarkan kering. Sesuai untuk kesan minyak dan cap jari yang melekit.
3. Soda penaik (baking soda)
Jika kotoran hampir hilang tetapi masih berbaki, campurkan 1 sudu besar baking soda dengan beberapa titis air untuk membentuk pes pekat. Celup kain bersih ke dalam pes dan gosok perlahan secara gerakan membulat.
Setelah kesan hilang, lap kawasan tersebut dengan kain lembap dan keringkan.
4. Ubat gigi
Ubat gigi bertindak sebagai bahan pelelas ringan yang boleh membantu menanggalkan kesan calar. Pilih jenama putih bukan gel, supaya tidak meninggalkan warna.
Letakkan sedikit ubat gigi (saiz sebesar kacang) pada kapas atau kain mikrofiber dan gosok perlahan sehingga kesan hilang. Lap sisa ubat gigi dengan kain lembap.
Sesuai untuk kesan kasut, perabot, contengan pensel dan calitan krayon.

Freepik
5. Krim pencukur
Gunakan krim pencukur putih yang berbuih tanpa bahan pelembut kulit. Picit sedikit pada kain mikrofiber lembap dan gosok perlahan pada kotoran.
Sesuai untuk cap jari, contengan pensel ringan, dan percikan makanan yang baharu.
6. Cuka putih
Campurkan cuka putih suling dan air dengan nisbah sama dalam satu mangkuk. Celup span atau kain lembut (tidak kasar) ke dalam campuran dan gosok perlahan pada kotoran. Tambah sedikit baking soda jika perlukan kuasa pembersihan tambahan. Bilas dengan kain lembap.
Sesuai untuk percikan makanan dan kesan calar ringan.Jangan gunakan cuka pada dinding bercat berasaskan minyak kerana ia boleh mengurangkan kilauan permukaan.
7. Span melamin
Basahkan span melamin dan gosok perlahan dengan tekanan ringan dan sekata bagi mengelakkan cat tertanggal. Akhir sekali, lap kawasan tersebut dengan kain lembap.
Membersihkan dinding rumah kotor sebenarnya tidaklah rumit jika menggunakan bahan yang betul. Sama ada menggunakan kain mikrofiber, baking soda, sabun pencuci pinggan atau span melamin, setiap kaedah ini mampu menyelesaikan jenis kotoran tertentu tanpa merosakkan cat.
Baca juga: Insiden Terkandas Banjir Di Hatyai Jadi Pengajaran, Perlu Semak Ramalan Cuaca Sebelum Bercuti!
Sumber: The Spruce
