Bulan Ramadan bukan sahaja masa yang sesuai untuk meningkatkan ibadah tetapi peluang terbaik untuk mengamalkan gaya hidup sihat seperti tips diet di bawah ini.
Berpuasa selama lebih 12 jam sehari memerlukan pemakanan yang seimbang agar tubuh kekal bertenaga dan cergas. Oleh itu, diharapkan perkongsian tips diet ketika bulan puasa ini akan membantu anda mendapat badan idaman untuk hari raya.
Baca juga: Baca Doa Ini Selepas Bersahur Sebanyak 7x, InsyaAllah Tak Rasa Dahaga Hingga Waktu Berbuka
TIPS DIET KETIKA BULAN PUASA, RAYA PAKAI BAJU SIZE S

Freepik
1. Jangan ponteng sahur
Bersahur sangatlah penting kerana akan membantu memberi tenaga sepanjang hari. Kalori semasa bersahur digunakan untuk membantu beri tenaga pada organ-organ kita supaya bekerja secara optimum.
2. Pilih karbohidrat kompleks
Karbohidrat kompleks lebih lambat dihadam kerana mempunyai serat dan nutrisi yang lebih tinggi. Ini akan membuatkan kenyang lebih lama. Contoh karbohidrat kompleks adalah seperti beras perang, roti wholemeal, biskut wholegrain, jagung dan lain-lain.
3. Elakkan pengambilan garam dan kafein
Pengambilan garam dan kafein boleh mengakibatkan dehidrasi lebih cepat di mana akan membuatkan anda cepat rasa haus. Contoh minuman berkafein adalah seperti teh, nescafe, kopi dan minuman bergas. Kalau memang nak minum juga kafein, pastikan minum 2 gelas air kosong masa sahur.
4. Jangan minum air terlampau banyak
Minum air terlampau banyak ini bermaksud lebih dari 3 gelas semasa sahur. Terlampau banyak air akan mengakibatkan pencernaan menjadi sangat cepat dan sekaligus buat anda membuang lebih cepat.
Bila perut kosong, ia akan bagi signal lapar pada otak yang mengakibatkan anda rasa lapar.
5. Target 500-600 kalori sahaja semasa sahur
Bagi memastikan anda kekal bertenaga sepanjang hari, bersahur tidak boleh terlalu rendah kalori. Bila rendah sangat kalori, badan akan cuba untuk kurangkan metabolic rate, di mana tidak bagus untuk sesiapa yang sedang berdiet.
Jadi, 500 kalori adalah cukup untuk kekal bertenaga sampai waktu berbuka. Pastikan ambil protein tinggi, karbohidrat berserat, buah dan sayuran ketika bersahur ya.
Kenapa dah diet tapi tak turun berat
Sesetengah orang pasti mengalami masalah ini walaupun sudah mencuba untuk diet. Antara sebabnya adalah:
- Sahur dengan makanan tinggi makanan karbohidrat ringkas
- Makan berlebihan ketika berbuka puasa
- Kurang aktiviti fizikal
- Minum air manis berlebihan
- Kurang tidur & stres
Jadi, diharapkan perkongsian tips diet ketika berpuasa ini boleh membantu anda mendapatkan badan idaman. Selamat mencuba!
Baca juga: Ini Rawatan Resdung Paling Cepat Berkesan, Baru 5 Minit Semua ‘Ulat’ Dah Keluar!
Sumber: Facebook Rafsanjani Zainal & Daren Suib
