Dalam kehidupan seharian, nasi putih dijadikan sebagai sumber utama tenaga bagi kebanyakan masyarakat, terutamanya di Malaysia. Namun, tanpa kita sedari, banyak makanan lain yang kita nikmati juga mengandungi jumlah kalori yang setanding dengan beberapa senduk nasi.
Jangan terkejut apabila rutin diet anda tidak menjadi walaupun sudah tidak makan nasi kerana, makanan ringan seperti kuih-muih, roti, dan martabak yang kelihatan kecil, tetapi kandungan kalorinya boleh menyamai hidangan utama!
Baca juga: Senarai Bazar Ramadan 2025 Di Lembah Klang, Bau Martabak & Ayam Percik Dah Terbayang-Bayang!
PERBANDINGAN SENDUK NASI DENGAN 5 MAKANAN POPULAR BAZAR RAMADAN

Foto: Freepik
1. Popia Big Mac (2 biji) adalah bersamaan dengan 8 senduk nasi putih.
2. Kuih Tepung Pelita (3 biji) adalah bersamaan dengan 4.5 senduk nasi putih.
3. Roti John (5 potong) adalah bersamaan dengan 5-6 sneduk nasi putih.
4. Martabak (sekeping) adalah bersamaan dengan 5 senduk nasi.
5. Kuih Akok (2 biji) adalah bersamaan dengan 4 senduk nasi.

Foto: Freepik
Perbandingan ini menunjukkan bahawa makanan ringan atau hidangan tempatan yang kita nikmati sebenarnya mengandungi jumlah kalori yang hampir setanding dengan sumber karbohidrat utama seperti nasi putih. Oleh itu, penting untuk mengawal pengambilan makanan agar keseimbangan nutrisi dapat dikekalkan dalam diet harian.
*Patutlah ‘diet’ nak kurus tapi tak menjadi….
Baca juga: Cara Buat Cornflakes Caramel Viral ‘Basah’ & Melekit, Yang Ini Serius Sedap Tak Tipu!
Sumber: Foto (Freepik), Tiktok @kimoppa01
