Bukan mudah untuk masuk ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) atau Maktab Rendah Sains MARA (MRSM). Apatah lagi, untuk mendapatkan keputusan pilihan pertama dari permohonan SBP atau MRSM tingkatan 1 yang dibuat.
Bagi anak yang masih bersekolah rendah dan memasang impian untuk menyambung pendidikan menengah di sekolah berprestij seperti SBP, MRSM dan Permata Pintar, perkongsian bermanfaat dari seorang ibu ini pasti dapat membantu!
Baca juga: Jarang Keluar Main Punca Budak 5 Tahun Ada Kolesterol Tinggi, Dietitian Pesan Ini Pada Ibu Bapa!
MRSM TINGKATAN 1 & SBP, TIPS DAPAT PILIHAN PERTAMA
PBD, PAJSK, UASA, Ujian UKKM dan PKSK, pentingkah?

Gambar: Noorsakiah Nordin
Menurut Puan Noorsakiah Nordin, maklumat yang dikongsikan ini adalah dari pengalamannya sendiri yang memohon sekolah tersebut untuk anaknya. Alhamdulillah, anaknya kini berjaya diterima masuk untuk menyambung tingkatan 1 di SBP dan MRSM berdasarkan pilihan pertama yang dimohon.
Justeru itu, ikuti tips lanjut untuk diterima masuk ke sekolah berprestij dengan pilihan pertama yang diinginkan seperti dikongsikan di bawah.
Baca juga: Amatullah Hamidah Si Cilik 7 Tahun Dari Terengganu, JUARA DUNIA Pertandingan Pidato Inggeris!
Ok post panjang sikit tetapi akan ada beberapa tips di bawah untuk ibu bapa zaman sekarang yang nak ambil tahu tentang kriteria untuk dapat pilihan pertama SBP atau MRSM.
Sedikit tips untuk ibu ayah, nak dapat pilihan pertama masuk MRSM dan SBP. Sebelum ini tak ada siapa nak berkongsi dekat kita tapi bila dah melaluinya, barulah tahu sedikit sebanyak. Tips mudah tapi rumit juga sebenarnya.

Gambar: Noorsakiah Nordin
Baca juga: Ibu Kongsi Panduan ‘Join’ Sukan Elit Yang Tiada Di Sekolah, Markah PAJSK Anak Tambah Cemerlang!
1. Sasarkan cemerlang PBD, PAJSK dan UASA dari darjah 5
Sedari darjah 5 bukan hanya darjah 6 baru nak pulun. Sebabnya ujian PKSK dan UKKM nanti perlu masukkan atau auto link keputusan PBD atau PAJSK dan psikometri dari darjah 5.
Bahagian ini saya bersyukur sangat sebab kebetulan anak banyak pencapaian tahap kebangsaan dan antarabangsa dari darjah 5, terutamanya di dalam robotik. Tambahan, rasanya jawatan khas di sekolah pun sedikit sebanyak memainkan peranan.
2. Fokus untuk cemerlang dalam ujian PKSK dan UKKM di darjah 6
Nak dapat pilihan pertama mesti cemerlang dalam ujian tersebut.
Masuk kumpulan WhatsApp atau Telegram perkongsian soalan untuk ujian PKSK dan UKKM. Di situ ada banyak perkongsian soalan-soalan latih tubi (berbayar atau tidak) yang boleh anak buat latihan sebelum menduduki ujian sebenar PKSK dan UKKM.
Bahagian ini boleh fokus bila dah dekat-dekat nak peperiksaan PKSK dan UKKM drjah 6 nanti, tak perlu awal-awal sangat pun tak apa. Jika ada seminar menjawab UKKM dan PKSK pun, saya cadangkan untuk pergi ya. Anak dah pergi, memang terbaik dan membantu!
Baca juga: 3 Beradik Bangsa Cina Teruja Ikut Berkhatan & Sanggup Bangun 5 Pagi Nak Ikut Rakan Lain!
Permata Pintar
Realitinya, memang penting rupa-rupanya ujian-ujian tersebut yang pada awalnya saya hampir buat endah tak endah, mujur sempat ambil tahu. Penting ya bagi mendapatkan tempat untuk anak di sekolah-sekolah yang bagus di Malaysia ini.
Nak tambah pilihan lagi, sila menduduki peperiksaan UKM 1 untuk ke Permata Pintar juga. Mana tahu rezeki dapat ke UKM 2.
Sekiranya intelligence quotient (IQ) anak markah tinggi >130 (melebih 130) dapatt ke PPCS. Usaha je ambil semua peluang yang ada, lepas itu baru buat pilihan.
Baca juga: Siapa Paling Berisiko SIDS (Bayi Mati Mengejut), Alert Dengan 7 Senarai Ini Dan Sila Take Note!
Sumber: Noorsakiah Nordin
