Euforia Bola 2026
Dapur

Tips Buang Kerak Tebal Kuali ‘Lejen’ Luar & Dalam, Guna Asam Keping Hasilnya Cerah Berkilat!

kuali hitam

Kerap kali menggunakan kuali yang sama akan menyebabkan ia menjadi hitam dan berkerak. Bukan sahaja di bahagian buntut, malah di dalamnya juga kuali hitam boleh terjadi.

Biarpun terdapat banyak kaedah untuk menghilangkan kerak hitam kuali tersebut, tapi tips yang ini mungkin hasilnnya lebih cepat dan berkesan. Jadi, jom cuba tips untuk mengilatkan kuali hitam dengan menggunakan asam keping sahaja seperti di perkongsian Nor Hayati Abd Rahman ini.

Baca juga: [VIDEO] DIY Sabun Pencuci Pinggan Guna Limau Kasturi, Dapat 12 Liter & Jimat Bertahun!

KUALI HITAM BERKERAK

kuali hitam

Gambar: Nor Hayati Abd Rahman

Hari ini saya nak berkongsi sedikit petua untuk menanggalkan kerak kuali yang tebal. Ini pun terbaca beberapa hari lepas pasal nak mengilatkan kuali.

Jadi, hari ini rasa ‘free’ sikit dan nak cuba mana tahu menjadi sebab ada juga petua bila buat tak jadi. Tapi yang ini memang menjadi sungguh.

Baca juga: Tips Halau Kucing Berak Pada Tanaman Guna Kulit Limau Mandarin, Baru Tak Sakit Hati!

kuali hitam

Gambar: Nor Hayati Abd Rahman

  1. Mula-mula panaskan air dengan asam keping sebanyak 8 keping di dalam periuk atau kuali besar.
  2. Masukkan kuali yang nak dibuang segala kerak yang tebal itu ke dalam kuali besar tadi.
  3. Biarkan sampai air mendidih.
  4. Setelah itu, biarkan ia sejuk dan bolehlah mula buat kerja menyental.

Baca juga: Lelaki Ini Kongsi Cara Pantas Buat Bara, Lepas Kira 1 2 3 Terus Menyala Api Dah Boleh BBQ!

Disebabkan kuali akak ini keraknya tebal, akak kikis dengan pisau. Jadi, memang senang lekang keraknya itu dari kuali.

Kemudian, gosok kuali tersebut dengan berus dawai kasar dan sabun mandi atau sabun kuning Labour (tak kisah yang mana).

Dekat telinga kuali ada lagi hitam, jadi akak telangkupkan di dalam air panas yang ada asam keping tadi. Biar kan sekejap, keluarkan dan gosok lagi sekali.

Taraaa! Sekarang kuali akak dah berkilat. Selamat mencuba.

Baca juga: Mengejutkan! Ini 10 Manfaat Air Cucian Ikan Pada Tanaman, Patutlah Ramai Orang Guna!

Sumber: Nor Hayati Abd Rahman

FT Image: Nor Hayati Abd Rahman

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×