Euforia Bola 2026
DIY & Kraf

Wanita Kongsi Rahsia Cuci Bawah Kuali Berkerak Legam, Guna 1 Bahan Saja Tapi Berkilat Kaw-Kaw!

bontot kuali

Sejak kebelakangan ini, banyak petua pembersihan alatan dapur yang tular dan mencuri perhatian ramai. Terbaru ini pula, tip berkesan bontot kuali gelap menggunakan serbuk pencuci, terutamanya bagi yang tengah stres tengok ia hitam degil dan susah nak hilang.

Kalau anda sedang berdepan masalah bontot kuali berkerak, mungkin inilah trik yang anda perlukan. Paling penting, modalnya pun bajet saja! Tip ini dikongsikan oleh Nur Alya Rodney menerusi satu video ringkas di Facebook.

Baca juga: Wanita Dedah Tersilap Tekan Butang Mesin Basuh, Terkejut Baju Jadi Wangi Lebih Lama Macam Tak Pakai!

bontot kuali

Tangkap layar video Nur Alya Rodney

“Gosok belakang kuali yang hitam legam dengan ZIP, agar kelihatan bersih dan berkilat kembali!” tulisnya di kapsyen video tersebut yang berjaya meraih 512 tanda suka dan 317 perkongsian.

Bahan-bahan:

  • Serbuk pencuci jenama ZIP botol oren
  • 2 helai tisu besar
  • Berus dawai

Langkah-langkah:

  1. Basahkan bahagian belakang kuali yang sudah berkerak dan berubah hitam legam.
  2. Taburkan serbuk pencuci kain di atasnya dengan kuantiti yang banyak.
  3. Tutup dengan 2 helai tisu besar di atasnya.
  4. Basahkan dan biarkan air dan sabun meresap ke tisu selama 1–2 jam hingga kering.
  5. Alihkan tisu tersebut.
  6. Gosok bontot kuali dengan berus dawai hingga hilang segala kotoran.
  7. Bilas hingga bersih.

Hasilnya, bontot kuali anda kembali bersinar seperti baru!

Baca juga: Cara Mudah Hilangkan 15 Jenis Kotoran Jahat Dengan Guna Bahan Dapur, Tips Biasa Orang Dulu-Dulu Pakai!

bontot kuali

Tangkap layar video Nur Alya Rodney

Sementara itu, di ruangan komen turut tidak ketinggalan rancaknya pengguna Facebook yang berterima kasih:

“Owhhh, begini pula cara yang betul guna ZIP. Perlu balut dengan tisu dan biar dulu kering dulu rupanya. Patutlah saya guna macam tidak berkesan, tuang-tuang terus gosok dan bilas. Macam tidak berkesan masih hitam-hitam. Terima kasih kak, sudah kongsikan cara-cara yang betul.”

Dan ada juga yang berkongsi variasi penggunaan produk sama:

“Saya pula guna botol ZIP yang label biru pure baking soda untuk cuci tandas dan bilik air, bersih!”

Nampaknya, siapa sangka serbuk pencuci pun boleh selamatkan bontot kuali berkerak legam. Perkongsian macam inilah yang buat ramai rasa dekat dan berbaloi nak cuba sendiri di rumah.

Okay, sekarang dah tahu cara nak kilatkan bontot kuali hitam dengan ZIP botol oren, bolehlah anda test power nanti.

Baca juga: Ingatkan Bersih Cuci Senduk Kayu Guna Sabun, Rupanya Masih Kotor, Ini Cara Betul Untuk Basuh

Sumber: Nur Alya Rodney

FT Image: Nur Alya Rodney

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×