Ayam goreng mamak sememangnya menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia. Tekstur ayam yang rangup di luar, lembut di dalam, ditambah rasa rempah yang pekat membuatkan hidangan ini tidak pernah gagal menggamit selera.
Sama ada untuk sarapan, makan tengah hari atau hidangan santai bersama keluarga, ayam goreng mamak sentiasa menjadi pilihan utama.
Baca juga: Sup Kaki Ayam Teknik 5:30:7 Jimat Gas & Cepat Lembut, Ramai Sudah Cuba Memang Menjadi
RESIPI AYAM GORENG MAMAK KETAGIH

Gambar Qhamcyahh Hidayat
Kali ini, perkongsian Qhamcyahh Hidayat di Facebook memberi panduan lengkap resipi ayam goreng mamak yang mudah dan boleh dicuba di rumah.
Dengan bahan-bahan yang ringkas dan cara penyediaan yang praktikal, anda boleh menikmati ayam goreng yang rangup dan berperisa tanpa perlu ke restoran.
Resipi ini sesuai untuk semua peringkat umur dan pasti membuat keluarga ketagih, terutama bila disajikan panas-panas dengan nasi atau roti kegemaran.
Bahan-bahan:
- 1 ekor ayam
- 6 sudu makan tepung jagung
- 6 sudu makan tepung beras
- 3 tangkai daun kari
Bahan untuk dikisar:
- 6 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 5 tangkai cili kering
- 2 sudu makan rempah kari
- 1 biji telur
- Garam secukup rasa
- 1 sudu makan serbuk lada sulah
Baca juga: Jangan Terpedaya Kulit Cantik, Ini 7 Rahsia Pilih Buah Naga Manis Yang Penjual Tak Pernah Bagitahu!
Cara penyediaan:
- Perap ayam dengan bahan kisar, tepung jagung, tepung beras dan daun kari selama 1 jam. Untuk rasa lebih sedap, perap lebih lama.
- Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak sempurna dan rangup keemasan.
Tips:
- Gunakan minyak yang cukup banyak agar ayam goreng lebih rangup.
- Perapan lebih lama akan membantu rempah meresap ke dalam ayam.
- Sesuai digandingkan dengan nasi lemak, roti canai, atau dimakan begitu sahaja.
Baca juga: Mee Kuah Turun-Temurun Yang Istimewa, Umur Abah Sudah Masuk 72 Tahun Baru Dapat Resipi!
Sumber: Qhamcyahh Hidayat
FT Image: Qhamcyahh Hidayat
