Sebut sahaja ayam goreng, sudah semestinya menjadi kegemaran ramai tidak mengira lapisan usia. Malah ada juga yang boleh makan ayam goreng setiap hari dan diolah cara menggorengnya. Selain dari digoreng perapan kunyit biasa, anda juga boleh cuba ayam goreng kari macam makan di restoran nasi kandar.
Tak rumit pun resepi yang dikongsikan namun apabila anda menyediakan ayam goreng kari tersebut kepada seisi keluarga, sepantas kilat akan habis dimakan!
Baca juga: Budak 12 Tahun Terpaksa Jalani Dialisis Seumur Hidup Akibat Kerap Makan Ayam Goreng
RESEPI AYAM GORENG KARI TERSEDAP!

Biasanya kalau ayam goreng kita goreng kunyit je kan? Tapi kalau rajin sikit jadi ayam goreng berempah. Tapi kali ini nak kongsi resepi campak-campak ayam goreng kari. Jom kita mulakan.
Bahan utama:
1/2 ekor ayam
Bahan A:
-3 ulas bawang putih
-1 inci halia
-5 tangkai cili kering
-5 sudu makan serbuk kari
-1 sudu makan lada sulah
-Garam secukup rasa
Bahan B:
-1 biji telur
-1 tangkai daun kari
-6 sudu makan tepung jagung
-6 sudu makan tepung gandum
Cara-caranya:
1. Kisar kesemua bahan A.
2. Gaul ayam bersama bahan A dan B.
3. Perap selama sejam.
4. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak
5. Sedia dihidangkan. Ayam goreng kari ni kalau makan dengan kari kosong je pun memang layan habislah.

*Selamat mencuba! Memang wangi semerbak ayam goreng!
Baca juga: Cara Masak Beras Basmathi Supaya Lembut & Peroi, Ada 4 Pantang Larang Jangan Buat!
Sumber: Bella Shabuddin
