Euforia Bola 2026
Percutian

Risau Nak Makan Sampai Ikat Perut? Wajib Baca 6 Tip Rancang Makanan Halal Ini Sebelum Bercuti ‘Overseas’!

rancang makanan halal

Bagi pelancong Muslim, rancang makanan halal sebelum berlepas ke negara destinasi percutian bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah. Lebih-lebih lagi, jika destinasi itu bukan negara Islam atau tidak mempunyai komuniti Muslim yang besar.

Tak semua negara ada restoran halal di setiap penjuru, jadi perancangan awal bukan sahaja bantu elak kelaparan, tapi juga jaga prinsip agama ketika bercuti. Jom lihat beberapa tip mudah yang boleh bantu anda!

Baca juga: 7 Destinasi ‘Healing’ Di Malaysia Yang Bukan Sahaja Cantik Tapi Ada Sumber Air Mineral Semula Jadi

6 TIP RANCANG MAKANAN HALAL PERCUTIAN LUAR NEGARA

rancang makanan halal

Gambar hiasan AI

1. Guna aplikasi cari restoran halal

Sebelum berlepas, semak dulu lokasi-lokasi makanan halal berhampiran tempat penginapan. Aplikasi seperti:

  • Zabihah
  • HalalTrip
  • HappyCow (untuk vegetarian)
  • Google Maps + keyword ‘halal food’ boleh bantu kenal pasti restoran yang ada sijil halal atau dimiliki Muslim.

2. Bawa stok makanan ringan halal dari Malaysia

Jangan pandang rendah kuasa Maggi kari cup, tuna dalam tin, roti Gardenia, biskut atau Milo 3-in-1. Benda-benda ini mungkin jadi penyelamat bila anda lapar tengah malam atau terpaksa tunggu lama nak cari makanan halal.

Masukkan dalam beg check-in siap-siap (ikut kuantiti dibenarkan) dan pastikan ia tahan lama serta mudah disediakan.

3. Kenal pasti label halal antarabangsa

Bukan semua negara guna logo halal JAKIM. Jadi, penting untuk pelancong tahu logo halal luar negara yang sah, seperti:

  • HFA (UK)
  • IFANCA (Amerika Syarikat)
  • MUIS (Singapura)

Boleh juga rujuk laman web JAKIM untuk senarai badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf.

Baca juga: Lepas Bersara Baru Ada Masa Pergi Melancong? Ini 20 Tip Penting Dari Orang Lama Wajib Anda Tahu!

4. Belajar beberapa frasa penting tentang makanan

Jika anda ke negara seperti Jepun, Korea, Perancis atau Jerman, belajar frasa mudah seperti:

  • “Saya tidak makan daging khinzir”
  • “Makanan ini ada alkohol?”
  • “Saya hanya makan makanan halal”

Ini bantu anda tanya dengan sopan dan selamat ketika memesan makanan.

5. Tempah hotel atau Airbnb yang benarkan masak

Banyak penginapan di luar negara sekarang lengkap dengan dapur kecil (mini kitchen). Anda boleh beli bahan mentah seperti sayur dan telur dari pasar raya, lalu masak sendiri.

Ini bukan sahaja jimat kos, tapi anda boleh pastikan kebersihan dan status halal makanan yang dimasak.

6. Cari komuniti Muslim tempatan

Cari masjid terdekat di kawasan pelancongan. Selalunya, ada restoran halal berhampiran atau sukarelawan komuniti yang boleh bantu anda, dari tunjuk jalan ke restoran halal, sampai bagi info pasar raya mesra Muslim.

Facebook group, Reddit atau forum Muslim travellers juga sangat berguna untuk info real-time.

Kesimpulan

Rancang makanan halal sebelum melancong bukan bermaksud menyusahkan diri, tapi langkah bijak untuk memastikan percutian anda selesa dan patuh syariah. Dengan sedikit usaha awal, anda boleh bercuti dengan tenang tanpa was-was.

Selamat melancong dan jangan lupa kongsi tip ini dengan kawan-kawan yang bakal ke luar negara juga!

Baca juga: Rakyat Bangga! FRIM FPS Diiktiraf Tapak Warisan Dunia UNESCO Ke-6 Malaysia Selepas 8 Tahun Menanti

REV Media Group melalui My Resipi, Sirap Limau, VOCKET dan Waktu Solat Malaysia memperkenalkan Halal Travel, kempen yang direka khas untuk membantu pelancong Muslim ke luar negara dengan tenang, selamat dan penuh yakin.

Ia adalah inisiatif menyeluruh yang membawakan panduan makanan halal, waktu solat & arah kiblat, tip perjalanan & keselamatan serta aktiviti ‘halal-friendly’ yang menarik.

Layari www.myresipi.com/halaltravelmy untuk maklumat lanjut.

Baca juga: 6 Pulau Terlarang Yang Dunia Cuba Sembunyikan Daripada Kita, Boleh Jadi Perjalanan ‘Terakhir’ Jika Jejak Kaki Di Situ!

Sumber: Waktu Solat (1), (2)

FT Image: AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×