Majlis aqiqah dan cukur jambul sudah lama menjadi amalan dalam masyarakat Islam di Malaysia, malah ia turut diraikan oleh umat Islam di seluruh dunia. Namun, selain aqiqah, ada satu lagi sunnah yang kurang diberi perhatian oleh sebahagian masyarakat iaitu mencukur dan timbang rambut bayi untuk disedekahkan mengikut nilainya.
Adakah semua ini hanya adat atau dikira juga sebagai ibadah yang mendapat pahala?
Baca juga: Kucing Nama Adam Atau Yusuf, UAI Tegur Trend Pelik Letak Nama Haiwan Macam Manusia
TIMBANG RAMBUT BAYI SAMA NILAI DENGAN EMAS, APA MAKSUD DALAM ISLAM?

Baru-baru ini, sebuah video di TikTok @emasrozitaipoh menjadi perhatian apabila menunjukkan rambut bayi ditimbang, kemudian nilai beratnya dikira mengikut harga emas semasa.
Di ruangan komen, ada yang keliru dan menyangka rambut tersebut ingin dijual, malah timbul juga pelbagai salah faham. Namun begitu, ramai yang sedar bahawa ia sebenarnya satu sunnah Nabi SAW. Apa yang mengejutkan, masih ramai juga yang menganggap ia sekadar adat turun-temurun masyarakat Melayu.
Menurut penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (WP), perbuatan mencukur rambut bayi dan menyedekahkan nilainya berdasarkan perak adalah sunnah yang diajarkan Nabi Muhammad SAW.
Daripada riwayat Saidina Ali RA, Rasulullah SAW pernah mengaqiqahkan cucunya, al-Hasan, dan bersabda kepada Fatimah:
عَقَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الْحَسَنِ بِشَاةٍ وَقَالَ: يَا فَاطِمَةُ احْلِقِى رَأْسَهُ وَتَصَدَّقِى بِزِنَةِ شَعْرِهِ فِضَّةً، قال: فَكَانَ وَزْنُهُ دِرْهَمًا أَوْ بَعْضَ دِرْهَمٍ
“Wahai Fatimah, cukurlah rambutnya dan bersedekahlah perak mengikut berat rambut tersebut.”- (HR al-Tirmizi, al-Baihaqi & Ibn Abi Syaibah)
Pejabat Mufti WP menjelaskan, amalan ini adalah simbol kesyukuran atas kelahiran bayi serta menzahirkan kegembiraan melalui sedekah. Ia juga menjadi pembuka kehidupan seorang anak dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT dan memberi manfaat kepada masyarakat.
“Marilah kita sama-sama berdoa semoga anak-anak yang lahir membesar menjadi insan soleh dan solehah, serta membentuk keluarga yang sakinah, mawaddah dan rahmah,” menurut kenyataan Pejabat Mufti WP.
Nilai Perak Atau Emas?

Berdasarkan hadis, nilai rambut bayi sepatutnya dikira mengikut harga perak. Namun, para ulama berbeza pandangan tentang penggunaannya:
Mazhab Maliki & Syafie: Sunat disedekahkan nilai rambut mengikut harga emas atau perak.
Mazhab Hanbali: Mengutamakan nilai perak.
Kesimpulannya, sama ada memilih perak atau emas, kedua-duanya dibolehkan. Yang lebih penting ialah maksud sebenar ibadah ini iaitu bersyukur dan berkongsi rezeki melalui sedekah. Ringkasnya, timbang rambut bayi bukanlah adat semata-mata, sebaliknya sunnah Nabi yang penuh hikmah.
@emasrozitaipoh Sebagaimana sunnah, rambut bayi customer ditimbang dan diganti nilainya dengan emas. Semoga membesar menjadi insan soleh solehah, insyaAllah 🤍 Kalau ada baby baru lahir nak buat macamni boleh datang ke emas rozita ipoh ya ❤️ . #sunnah #timbangrambut #timbangrambutbaby #fyp #emas ♬ For the Rest of My Life – Maher Zain
Baca juga: Arwah Meninggal Bujang, Adik-Beradik & Waris Dapat Harta Ke? Ini HAK Yang Ramai Tak Tahu
Sumber: Mufti WP, Tiktok @emasrozitaipoh
