TikTok Shop terus memperkukuh kedudukannya sebagai platform e-dagang dipercayai di Malaysia apabila mengumumkan perancangan besar untuk menyokong program TikTok Shop Mall dengan jaminan ketulenan menerusi lebih 1,000 sesi LIVE All-Star yang akan dijalankan sepanjang tahun 2026.
Inisiatif ini memfokuskan sokongan kepada jenama yang menyertai program TikTok Shop Mall, sekali gus membuka peluang lebih luas kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (MSME) tempatan untuk berkembang, membina jenama yang diyakini pengguna dan berhubung secara langsung dengan jutaan pelanggan di seluruh negara.
Baca juga: Bila Ambisi & Kuasa Bertemu, ‘Santau Perempuan Terlarang’ Jadi Kenyataan Hanya Di Tonton!
TIKTOK SHOP MALAYSIA PERGIAT LEBIH 1,000 SESI LIVE ALL-STAR PADA 2026

Apa itu LIVE All-Star TikTok Shop?
Sesi LIVE All-Star merupakan siaran langsung beli-belah premium yang menggabungkan elemen hiburan dan beli-belah secara interaktif:
- Dibangunkan serta dipromosikan oleh TikTok Shop dengan kerjasama selebriti terkenal dan pencipta afiliasi berprestasi tinggi
- Membantu perniagaan daripada pelbagai skala memperluas capaian
- Meningkatkan kesedaran orang ramai tentang sesuatu jenama
Menurut Pengarah Kanan Perkongsian Strategik TikTok Shop Malaysia, Nur Azre Abdul Aziz, pendekatan ini telah membantu meningkatkan jualan.
Pada tahun 2025 sahaja, TikTok Shop Malaysia telah menganjurkan lebih 100 sesi LIVE All-Star dan impaknya sangat ketara kepada prestasi jenama yang menyertai program TikTok Shop Mall.
Impak ketara kepada jualan & pertumbuhan jenama
Antara pencapaian utama yang dikongsikan:
- Peningkatan jualan purata lebih 160% pada hari LIVE All-Star berbanding hari biasa
- Jualan jenama dalam program TikTok Shop Mall berkembang 2.3 kali lebih pantas berbanding penjual biasa di marketplace
- Keyakinan pengguna meningkat melalui pengalaman beli-belah lebih terjamin

Gambar TikTok Shop Malaysia: Acara TikTok Shop Mall Ascend yang berlangsung pada Selasa menghimpunkan ratusan usahawan tempatan dan pakar industri untuk meraikan pencapaian penting serta mengiktiraf jenama berprestasi tinggi di Malaysia.
Nur Azre Abdul Aziz berkata, pencapaian ini membuktikan keberkesanan usaha TikTok Shop dalam membantu perniagaan membina jenama serta meningkatkan keyakinan pengguna.
“Pengalaman pelanggan di TikTok Shop Mall dipertingkatkan melalui jaminan ketulenan 100 peratus, pemulangan percuma selama 30 hari serta kempen Super Brand Days yang terbukti membantu jenama berkembang,” jelas beliau.
Dengan sasaran lebih 1,000 sesi LIVE All-Star pada tahun hadapan, TikTok Shop berharap lebih banyak perusahaan mikro, kecil dan sederhana tempatan mampu melonjak dan menjadi jenama pilihan isi rumah menerusi konsep Shoppertainment.
Perkongsian ini dibuat sempena acara TikTok Shop Mall Ascend, yang menghimpunkan ratusan usahawan tempatan dan pakar industri bagi meraikan pencapaian serta mengiktiraf jenama berprestasi tinggi seperti:
- Senheng
- PerySmith
- Ceecile Women Sportswear
- Panda Eyes
- serta jenama lain yang mencatatkan prestasi cemerlang
Bagi jenama yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai TikTok Shop Mall dan peluang yang ditawarkan, maklumat lanjut boleh diperoleh menerusi TikTok Shop Academy.
