Beberapa tahun kebelakangan ini, semakin ramai rakyat Malaysia mula menjadikan platform media sosial sebagai tempat menjana pendapatan.
Tapi ramai yang tak tahu bahawa 700 usahawan tempatan berjaya mencatatkan jualan lebih RM28 juta melalui platform TikTok Shop.
Lebih menarik , 74% daripada usahawan yang terlibat adalah wanita, sekali gus membuktikan bahawa platform digital kini membuka peluang luas kepada sesiapa sahaja untuk memulakan perniagaan.
Pencapaian ini diumumkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi hasil kerjasama strategik bersama TikTok Shop dalam memperkasakan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan melalui latihan serta program peningkatan kemahiran digital.
Ramai usahawan wanita ambil peluang jana pendapatan dengan TikTok Shop

Menurut Menteri KUSKOP, Steven Sim Chee Keong, penyertaan tinggi usahawan wanita menunjukkan bahawa ekonomi digital membuka ruang yang lebih inklusif kepada masyarakat untuk menjalankan perniagaan.
Beliau menjelaskan bahawa kerjasama antara kerajaan dan platform digital seperti TikTok Shop membantu usahawan tempatan meningkatkan kemahiran perniagaan, membina jenama sendiri serta memastikan perniagaan kecil mampu berkembang dalam ekonomi moden.
Pendek kata, dengan kemahiran digital yang betul, perniagaan kecil juga mampu mencapai jualan yang besar.
Video pendek di TikTok Shop hasilkan jualan berjuta

Bagi TikTok Shop pula, kerjasama ini bertujuan membantu PMKS berkembang secara mampan dalam ekonomi digital.
Menurut Pengarah Kanan Kerjasama Strategik TikTok Shop Malaysia, Nur Azre Abdul Aziz, platform tersebut bukan sekadar tempat hiburan, malah ia merupakan ekosistem e-dagang yang membolehkan perniagaan berkembang melalui kandungan kreatif seperti video pendek dan siaran langsung.
Model live commerce juga semakin popular kerana ia membolehkan penjual berinteraksi secara langsung dengan pelanggan sambil mempromosikan produk mereka.
LIVE Hub bantu usahawan kuasai jualan melalui live streaming

Bagi memperluaskan lagi peluang ini, TikTok Shop dan KUSKOP turut memperluaskan TikTok Shop LIVE Hub ke negeri Pahang dan Pulau Pinang.
Sebelum ini, inisiatif tersebut telah diwujudkan di Sabah, Kuala Lumpur, Johor dan Kelantan.
Setakat ini, TikTok Shop LIVE Hub telah berjaya:
- Menganjurkan lebih 100 sesi latihan fizikal
- Melatih lebih 3,000 PMKS tempatan
- Menghasilkan lebih 1,800 jam siaran langsung
- Mencapai lebih 40 juta tontonan
Ini menunjukkan bahawa live streaming kini menjadi salah satu strategi penting untuk meningkatkan jualan secara online.
Peluang baru untuk usahawan tempatan
Melihat kepada kejayaan ini, jelas bahawa platform digital kini menjadi antara peluang terbaik untuk usahawan tempatan mengembangkan perniagaan mereka.
Jika dimanfaatkan dengan strategi yang betul, tidak mustahil lebih ramai PMKS tempatan mampu mencapai jualan berjuta ringgit seperti yang telah dibuktikan oleh 700 usahawan ini.
Bazar Raya TikTok Shop tarik perhatian ramai

Kejayaan ini turut diraikan sempena pelancaran TikTok Shop Bazar Raya 2026 yang berlangsung di IOI City Mall Putrajaya Convention Centre.
Acara yang berlangsung dari 5 Mac 2026 hingga 8 Mac 2026 ini menghimpunkan lebih 80 reruai usahawan tempatan yang menawarkan pelbagai produk menarik sempena Ramadan dan Syawal.
Lebih meriah, pengunjung juga berpeluang bertemu beberapa selebriti tempatan seperti:
- Amyra Rosli
- Puteri Aisyah
- Emma Maembong
- Azira Shafinaz
- Shahz Jaszle
Bazar ini dibuka kepada orang ramai dari 10 pagi hingga 10 malam sepanjang acara berlangsung.
Klik SINI untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Jualan Bazar Raya TikTok Shop.
