Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS), jenama tempatan serta pencipta kandungan afiliasi Malaysia mencatatkan pertumbuhan jualan sebanyak 100% di TikTok Shop.
Di mana, pencapaian tersebut telah diraikan menerusi acara ‘Raikan Raya 2025’ anjurannya baru-baru ini.
TikTok SHOP CATAT PERTUMBUHAN JUALAN 100%

Momentum ini dipacu oleh kolaborasi yang lebih pelbagai antara penjual dan pencipta kandungan, yang melibatkan lebih 3 juta pencipta kandungan afiliasi dan lebih 1.7 juta penjual tempatan.
Purata jumlah pesanan bagi setiap pelanggan turut meningkat lebih dua kali ganda berbanding tempoh bukan kempen, manakala peningkatan jualan tahunan jenama tulen dan premium di TikTok Shop Mall mencatatkan kadar hampir 1.2 kali ganda lebih tinggi berbanding pertumbuhan keseluruhan platform.
Baca juga: Dulu Beli RM2,314 Sekarang Jual Jadi RM16 Ribu Untung, Wanita Tergamam Lepas Jual Balik Emas Lama!
Permintaan pengguna yang tinggi dapat dilihat pada kategori produk perayaan utama, dengan Fesyen Muslim, Kecantikan & Penjagaan Diri serta Makanan & Minuman muncul sebagai kategori paling laris sepanjang Ramadan dan Raya tahun ini.
Pengarah Perkongsian Strategik TikTok Shop Malaysia, Nur Azre Abdul Aziz, menegaskan,
“Pertumbuhan jualan tahunan sebanyak 100% yang dicapai oleh PMKS, pencipta kandungan dan jenama Malaysia mencerminkan komuniti kami yang semakin berkembang, kuasa beli pengguna yang lebih tinggi serta kerjasama awam-swasta yang lebih kukuh.
“TikTok Shop akan terus komited membantu lebih ramai rakyat Malaysia membina mata pencarian yang lestari melalui e-dagang, sambil kami meneruskan momentum ini.”
PENERIMA PENGIKTIRAFAN
Antara pencipta kandungan afiliasi dan penjual yang menerima pengiktirafan di majlis malam anugerah ‘Raikan Raya 2025’ TikTok Shop termasuklah:
- Anas Zahrin (Pencipta Terbaik)
- Khairul Aming (Siaran Langsung Terbaik)
- ELGINI Malaysia (Penjual Gaya Hidup Terbaik)
- Bulan Bintang (Penjual Fesyen Terbaik)
- Nur Food (Penjual Keperluan Harian Terbaik)
- Skintific Malaysia (Penjual Kecantikan dan Penjagaan Diri Terbaik)
- GOOJODOQ Malaysia (Penjual Elektronik Terbaik)
- LadyBossRafa (Penjual Kesihatan Terbaik)

Pengasas jenama Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi berkongsi,
“Memenangi anugerah Penjual Fesyen Terbaik di ‘Raikan Raya 2025’ TikTok Shop merupakan satu pencapaian membanggakan buat kami.
“Platform unik ini membolehkan kami melangkaui sempadan peruncitan tradisional, dan mentransformasikan kempen perayaan kepada hubungan yang bermakna dengan pelanggan.
“TikTok Shop bukan sekadar saluran jualan, ia adalah tempat pertemuan antara e-dagang, budaya, penceritaan dan interaksi masa sebenar. Kami berbesar hati untuk terus berkembang bersama platform e-dagang ini yang menyokong
jenama tempatan Malaysia.”
Baca juga: Bilik Solat Rumah Mangsa Putra Heights Tak Terbakar, Waris Kongsi Amalan Tuan Rumah, Allahuakbar!
Bagi usahawan, PMKS tempatan dan jenama yang ingin merealisasikan potensi penuh perniagaan mereka melalui e-dagang, daftar sekarang di Pusat Penjual TikTok Shop dan terokai pelbagai kursus tutorial yang sistematik di Akademi TikTok Shop.
