Kalau anda peminat promosi percuma terutamanya sempena hari jadi, ini berita baik! Bermula 1 Ogos 2025, tiket masuk Aquaria KLCC adalah percuma sempena Promosi Hari Jadi khas buat rakyat Malaysia.
Ini bermaksud, anda boleh masuk dengan percuma sepanjang bulan kelahiran diri sendiri. Macam mana prosesnya?
Baca juga: Nak Melamar Kekasih ‘Ditemani’ Ikan Jerung? Aquaria KLCC Tawar Pakej Lamaran Eksklusif!
TIKET MASUK AQUARIA KLCC PERCUMA SEMPENA HARI JADI!

Aquaria KLCC memaklumkan bahawa pengunjung yang menyambut hari lahir boleh menikmati pengalaman menakjubkan dunia dasar laut secara percuma, asalkan menepati beberapa syarat yang ditetapkan.
Syarat Penebusan Promosi Hari Jadi Aquaria KLCC:
– Promosi bermula 1 Ogos 2025
– Sah sepanjang bulan kelahiran — anda boleh datang pada bila-bila hari dalam bulan kelahiran tersebut
– Penebusan secara walk-in sahaja (tempahan atas talian tidak dibenarkan)
– Terbuka kepada warganegara Malaysia (MyKad) dan penduduk tetap (IC Merah)
– Imbas Kod QR di Kaunter Tiket untuk pengesahan
– Satu tiket percuma sahaja untuk setiap MyKad/IC Merah
– Promosi hanya boleh ditebus sekali setahun
– Bagi pengunjung bawah 12 tahun, mesti ditemani oleh orang dewasa (dengan tiket berbayar)
– MyKad/IC Merah asal wajib ditunjukkan (salinan atau gambar tidak diterima)

Jadi, apa tunggu lagi? Jadikan sambutan hari jadi anda tahun ini lebih bermakna dengan kunjungan ke Aquaria KLCC, percuma sepanjang bulan kelahiran anda!
Rancang awal, bawa MyKad/IC Merah asal, dan nikmati dunia marin yang menakjubkan secara percuma. Jangan lepaskan peluang ini untuk mencipta kenangan indah bersama keluarga dan rakan!
Baca juga: Pertama Kali Ke Bangkok? Guna Tips Naik Pengangkutan Awam Ini Supaya Mudah & Jimat!
Sumber: Aquaria KLCC
