Tiga beradik kini bergelar yatim piatu selepas kedua-dua ibu bapa mereka terkorban dalam satu kemalangan jalan raya tragis di Jalan Tamparuli–Ranau ketika dalam perjalanan membeli kelengkapan persekolahan.
Kejadian tersebut mengorbankan sepasang suami isteri dari Kampung Bongol, Mustofa bin Toyib dan Nur Shilla binti Abdullah, apabila motosikal yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda.
Baca juga: Ibu Kecewa Kantin Jual Mi Segera Di Hari Pertama Persekolahan, Anak Terus Makan
3 BERADIK YATIM PIATU, IBU AYAH MAUT KETIKA BELI KELENGKAPAN SEKOLAH

Pemergian suami isteri ini pastinya meninggalkan kesan mendalam dan luka yang sukar diubati. Bagi anak-anak yang kini kehilangan tempat bergantung, dugaan ini amat berat untuk ditanggung pada usia yang masih muda.
Seluruh ahli keluarga dan penduduk Kampung Bongol turut berkongsi kesedihan yang sama, mendoakan agar anak-anak ini terus diberikan kekuatan dan perlindungan.
Genap tujuh hari tragedi tersebut berlalu, keluarga arwah tampil menyuarakan harapan agar keadilan dapat ditegakkan. Dalam luahan penuh emosi, ahli keluarga Nur Shilla menyatakan bahawa kesedihan yang dirasai masih segar, malah persoalan tentang punca kejadian terus menghantui mereka saban hari.
“Ini bukan sekadar kehilangan ahli keluarga, tetapi masa depan anak-anak kecil yang terjejas. Mereka kini terpaksa membesar tanpa kasih sayang ibu dan ayah.

“Sebagai ahli keluarga, kami dengan penuh rasa dukacita benar-benar menuntut keadilan untuk arwah,” luah ahli keluarga dengan penuh dukacita.
Tragedi ini turut menjadi peringatan kepada semua pengguna jalan raya agar sentiasa mengutamakan keselamatan, memandu dengan cermat dan bertanggungjawab.
Sikap tergesa-gesa, memotong secara berbahaya dan mengabaikan peraturan jalan raya boleh membawa akibat yang tidak ternilai harganya.
Baca juga: Sewa Tertunggak & Bil Tak Dibayar, Penyewa Tinggalkan Rumah Sewa Kotor… Memang Loya Teruk!
Sumber: Facebook Marianna Joannes
