Euforia Bola 2026
Suami Isteri

Ahli Farmasi Kongsi ‘Ajaibnya’ Bila Tidur Atas Dada Suami, Lega Terus Si Isteri…

TIDUR ATAS DADA SUAMI

Menerusi laman media sosial milik Annona Farmasi, ada perkongsian video mengenai kelebihan tidur atas dada suami seperti sering dilakukan dalam K-Drama.

Ini bukan sekadar satu bentuk kemesraan tetapi juga boleh menjadi terapi emosi yang membantu mengurangkan anxiety atau kebimbangan dalam kalangan isteri.

Baca juga: 4 Ayat Bila Asyik Disebut Boleh Jadi Punca Rezeki Sempit, Suami Isteri TOLONG Jangan Guna!

TIDUR ATAS DADA SUAMI BOLEH KURANGKAN GELISAH ISTERI

TIDUR ATAS DADA SUAMI

Sentuhan fizikal yang berlaku ketika isteri merehatkan diri di dada suami dapat memberikan rasa tenang, selamat dan dilindungi. Keadaan ini merangsang pengeluaran hormon oksitosin, iaitu hormon yang berperanan dalam menurunkan tahap stres dan meningkatkan rasa bahagia.

“Bila kita letak kepala atas dada, kita dengar dugapan jantung dan bantu otak rasa selamat dan stabilkan emosi. Kajian telah menunjukkan sentuhan dada dengan pasangan boleh membantu tenangkan sistem saraf dan juga redakan rasa cemas. 

“Siapa dekat sini yang pernah tertidur tanpa sedar atas dada suami, memang sangat sweet dan beruntung,” jelasnya menerusi video berdurasi kurang satu minit itu.

Selain itu, irama degupan jantung suami yang didengari secara dekat mampu menenangkan fikiran dan memberi kesan seperti terapi semula jadi.

Keintiman yang terjalin melalui sentuhan ini juga mengeratkan hubungan emosi antara pasangan, sekaligus mewujudkan persekitaran yang stabil dan menyokong dari segi mental.

Oleh itu, tindakan yang nampak kecil ini sebenarnya memberi impak besar kepada kesihatan emosi isteri, khususnya dalam membantu mengurangkan tekanan dan kebimbangan harian.

Jadi, jangan lupa tidur atas dada suami sekiranya anda rasa gelisah atau serabut. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Bukan Hanya Guna Kon***, Ada Lagi Cara Buat Hubungan Intim Tanpa Buat Isteri Hamil!

Sumber: TikTok Annona Farmasi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×