Euforia Bola 2026
Suami Isteri

Tak Sangka…Peluk & Rehat Atas Dada Suami Bantu Kurangkan Anxiety Secara Semula Jadi, Dapat Manja-Manja!

rawat anxiety

Kadang-kadang, stres dan rasa gelisah (anxiety) datang tanpa diundang. Menariknya, nak rawat anxiety boleh dilakukan melalui cara semula jadi dan manja seperti tidur atau merehatkan kepala di dada suami.

Aksi sederhana ini rupanya bukan sahaja manja, tetapi mempunyai impak positif terhadap kestabilan emosi.

Baca juga: Angkara Tak Masak Suami Lafaz Talak 3, Lepas Hakim Selidik Rupanya Isteri Kepenatan Urus Anak Autisme

IMPAK TIDUR ATAS DADA SUAMI BANTU RAWAT ANXIETY

rawat anxiety

Gambar hiasan: Freepik

Seorang ahli farmasi, Syah, berkongsi pandangannya mengenai penemuan menarik ini di dalam satu video di TikTok.

Menurut beliau, apabila isteri berehat di dada suami, bunyi degupan jantung suami dapat memberi rasa selamat kepada otak isteri, sekaligus menenangkan fikiran dan menstabilkan emosi.

Tubuh juga mudah berada dalam keadaan relaks, membantu mengurangkan rasa cemas atau anxiety.

Kajian juga menyokong fenomena ini. Laporan The Guardian memetik penyelidik dari University Hospital Essen, Dr Helena Hartmann, yang menyatakan bahawa pendedahan kepada sentuhan manusia secara konsisten sepanjang hari mampu memberi manfaat besar kepada kesihatan mental dan fizikal.

Malah, sentuhan ini memberi kesan lebih kuat berbanding interaksi dengan objek kerana wujudnya hubungan kulit ke kulit yang merangsang hormon dan emosi positif.

Baca juga: Lama Menunggu Hamil, Doktor Sahkan Suami Azoospermia, Takdir Hadiahkan Mereka Anak Dengan Cara Luar Biasa

rawat anxiety

Gambar hiasan: Jcomp

Mengapa tidur atas dada suami  berkesan?

  1. Rangsangan deria – Sentuhan fizikal mengaktifkan deria sentuhan pada kulit, menyampaikan mesej keamanan dan perlindungan kepada otak.
  2. Degupan jantung suami sebagai penenang semula jadi – Degupan jantung yang stabil dan konsisten memberi isyarat keselamatan kepada sistem saraf, mengurangkan hormon stres.
  3. Interaksi kulit ke kulit – Sentuhan langsung mencetuskan penghasilan hormon oksitosin, dikenali sebagai hormon kasih sayang, yang membantu menenangkan minda dan tubuh.
  4. Manfaat kesihatan mental dan fizikal – Kajian menunjukkan sentuhan manusia bukan sahaja membantu merawat anxiety, tetapi juga memberi kesan positif terhadap tekanan darah, denyutan jantung, dan kesihatan emosi secara keseluruhan.

Tidur atas dada suami bukan sahaja simbol kasih sayang, tetapi juga “terapi alami” untuk menenangkan diri.

Dalam dunia serba sibuk dan pantas ini, aksi manja sebegini boleh menjadi salah satu cara rawat anxiety secara semula jadi dan berkesan, sambil memperkukuh hubungan rumah tangga.

Jadi, bila penat atau rasa cemas menyerang, jangan lupa buat perbuatan ini. Kadang-kadang yang kita perlukan hanyalah pelukan, rasa selamat, dan degupan jantung yang menenangkan.

Baca juga: Suami Cabar Doa Isteri, 3 Hari Kemudian Terima Kifarah Ditim

pa Kemalangan & Mengaku Ada Buat Salah!

Sumber: TikTok @syahpharmacist01 / The Guardian

FT Image: Freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×