Euforia Bola 2026
Famili

Budak 10 Tahun Kritikal Dalam ICU Gara-Gara Tercekik Gula-Gula Gummy, “Doakan Anak Syurga Ini”

gula gula gummy

Menerusi laman Facebook milik Fara Hani, dia ada kongsikan satu berita duka di mana anak buahnya berusia 10 tahun kini berada dalam keadaan kritikal kerana tercekik gula gula gummy.

Akibat daripada kejadian itu, Mohamad Fahmi Hafiz berada di Unit Rawatan Rapi (PICU) di Hospital Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Baca juga: Saksi Selisih Ibu Zayn Rayyan 2 Kali Pada Hari Kejadian, Pakaian & Tudung Berubah Selang 20 Minit

BUDAK TERCEKIK GULA GULA GUMMY KINI DI PICU

GULA GULA GUMMY

Jelasnya, kejadian menyayat hati ini berlaku apabila Fahmi membeli gula gula gummy itu di gerai luar sekolah sewaktu kelas KAFA.

Mangsa difahamkan tersedak sebelum berjalan ke tandas dan rebah lalu tidak sedarkan diri. Guru bertugas segera menghubungi ambulans.

Menurut ibu saudaranya, Siti Farhani Mohamad Fikri, 33, doktor memaklumkan keadaan mangsa masih tiada perkembangan positif setakat jam 10 pagi tadi.

“Doktor memberitahu, jika tiada perubahan hingga Jumaat ini, semua ubat akan dihentikan. Kami hanya mampu berserah kepada Allah SWT dan menyerahkan urusan rawatan kepada pihak hospital,” jelasnya.

Gula-gula itu telah tersangkut dalam tekaknya mengakibatkan dia tidak dapat bernafas. Sebiji lagi gula gula gummy yang sama turut dijumpai di dalam poketnya.

“Ya Allah, semoga ada keajaiban buat Mohamad Fahmi Hafiz, 10tahun. Anak buah hani, anak kepada abang & kak Nuraini Udin, Fahmi dalam keadaan kritikal di PICU GH dan masih tidak sedarkan diri.

“Kejadian berlaku akibat terlekat coklat gummy (mata bulat). Tak sangka dia pergi beli gula-gula ini sebab dah lama larang kalau dia nak makan. Rupanya dia beli di gerai luar sekolah waktu kelas KAFA tanpa pengetahuan semua. Hani mohon buat semua rakan-rakan, mohon doakan anak syurga ini kembali sedar dan sembuh,” luahnya.

Perkongsian daripada wanita itu dibanjiri komen warganet yang turut bersimpati dengan kejadian tidak diingini. Diharapkan ibu bapa di luar sana dapat mengambil pengajaran dengan apa yang berlaku.

Baca juga: Cara Tukar Lesen Memandu Percubaan Kepada Kompeten Guna Aplikasi MyJPJ

Sumber: Facebook Fara Hani & Buletin TV3

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×