Euforia Bola 2026
Didik

MARA Lantik Bekas Pegawai Tentera & Polis Jadi Warden, Demi Banteras Buli Di MRSM!

warden asrama

Susulan kes buli baru-baru ini yang telah mencemarkan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), pengambilan warden asrama sepenuh masa daripada kalangan bekas pegawai tentera dan polis bakal dimulakan.

Ia sebagai inisiatif MARA memperkukuh aspek disiplin serta membanteras kes buli dalam kalangan pelajar MRSM.

Baca juga: Ibu Kongsi Tips Dapat Pilihan Pertama Mohon MRSM & SBP Tingkatan 1, Susun Strategi Dari Darjah 5

WARDEN ASRAMA MRSM DALAM KALANGAN TENTERA & POLIS

warden asrama

Gambar: Hantaran di Facebook Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata pelaksanaan inisiatif itu akan dimulakan secara projek rintis membabitkan beberapa MRSM terpilih bagi menilai keberkesanan pendekatan berkenaan.

Cadangan itu dibangkitkan beliau dalam Mesyuarat Majlis MARA dan telah dipersetujui sebulat suara.

“Buat permulaan, projek rintis ini akan dilaksanakan di beberapa buah MRSM dan MARA akan menjalinkan kerjasama dengan Persatuan Veteran Tentera dan Bekas Polis bagi mengenal pasti kriteria pemilihan calon warden.

“Bahagian Pendidikan Menengah MARA juga akan menyediakan garis panduan yang jelas berkaitan bidang tugas dan tanggungjawab warden di MRSM,” katanya dalam hantaran media sosial Facebook hari ini.

Baca juga: Pelajar WAJIB Pakai Lencana Jalur Gemilang Mulai 21 April, Lihat PDF Panduan Penuh!

Matlamat MRSM sifar buli

Menurut Asyraf, langkah itu sejajar dengan usaha MARA untuk memastikan pembangunan sahsiah, disiplin dan akhlak pelajar MRSM terus diperkasa secara holistik. Di mana, selaras dengan falsafah pendidikan yang menekankan keseimbangan aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

“Inisiatif ini penting bagi memastikan MRSM benar-benar bebas daripada sebarang kes buli. Matlamat kita ialah MRSM sifar buli dan ini adalah antara langkah serius ke arah mencapai matlamat tersebut,” katanya.

Baca juga: Gaji RM1.7K Boleh Bersara Dengan Simpanan 1 Juta, Jika Lakukan Tips Dari KWSP Ini!

Sumber: Facebook Dr Asyraf Wajdi Dusuki

FT Image: NSTP / Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×