Euforia Bola 2026
Dapur

Telur Rebus Pun Boleh ‘Expired’? Pakar Kongsi Tempoh Selamat Simpan Telur Rebus Dalam Peti Sejuk

telur rebus

Satu pertanyaan di sebuah page berkenaan tempoh selamat simpanan telur rebus dalam peti sejuk telah mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan pengguna Facebook.

Di mana, pengadu khuatir akan tindakan ibu mentuanya yang sering merebus dalam kuantiti banyak dan menyimpannya untuk kegunaan kemudian selama empat hari.

Baca juga: Ini Cara Bawa Durian Tanpa Bau Walaupun Travel Jauh, Tips Dalam Kapal Terbang Pun Ada!

TEMPOH SIMPAN TELUR REBUS DALAM PETI SEJUK

telur rebus

Gambar: Trixie Charlotte Agnes

“Ibu mentua saya selalu merebus telur lebih dan menyimpannya di dalam peti sejuk untuk menjimatkan masa. Dia kata ia masih elok, tetapi saya agak risau untuk memakannya selepas empat hari. Sebenarnya berapa lama telur rebus boleh tahan di dalam peti sejuk?” luah Trixie Charlotte Agnes di page Facebook Masak Apa Hari NI.. (MAHN).

Telur rebus disimpan dalam peti sejuk

Ekoran itu, menurut pandangan beberapa warga maya, ada yang menyatakan telur rebus boleh tahan sehingga seminggu selagi disimpan dengan betul. Ini selari dengan panduan pakar keselamatan makanan.

Menurut Healthline dan arahan keselamatan makanan dari USDA serta pakar pemakanan, telur rebus yang disimpan di dalam peti sejuk pada suhu sekitar 4°C atau lebih rendah boleh bertahan sehingga 7 hari jika ditempatkan secepat mungkin selepas direbus dan masih dalam kulitnya.

Penyimpanan di dalam bekas kedap udara membantu mengekalkan kesegarannya.

Beberapa panduan penting dari sumber keselamatan makanan juga menekankan agar telur rebus dimasukkan ke dalam peti sejuk dalam masa dua jam selepas dimasak untuk mengurangkan risiko pertumbuhan bakteria berbahaya.

Sekiranya telur telah dikupas, tempoh keselamatan mungkin sedikit berkurang kerana kulit yang biasanya melindungi isi telur tidak lagi berfungsi sepenuhnya.

Dalam luahan komen, seorang warga maya menyarankan agar telur disimpan bersama kulit kerana kulit dapat membantu melindungi isi telur daripada pencemaran serta bau dari makanan lain dalam peti sejuk.

Di mana, pendekatan tersebut turut disokong panduan pakar storan makanan profesional.

Baca juga: Bahan Dapur Yang Ada Tunas, Lendir Atau Kering Boleh Ke Dimasak? Baca Ini Dulu Sebelum Nak Buang!

Tanda-tanda telur rebus rosak

Selain itu, tanda-tanda bahawa telur rebus telah rosak termasuk:

  • Bau yang jelas busuk atau sulfur
  • Tekstur berlendir pada putih telur
  • Perubahan warna yang ketara

Jika terdapat keraguan, adalah lebih selamat untuk membuang telur tersebut daripada mengambil risiko keracunan makanan.

Tempoh dibenarkan simpan telus rebus dalam peti sejuk

telur rebus

Gambar hiasan: Freepik

Perlu diingat juga bahawa walaupun beberapa pengguna berkongsi pengalaman menyimpan telur rebus lebih lama, panduan rasmi dari pakar keselamatan makanan tidak mengesyorkan melebihi tempoh 7 hari di dalam peti sejuk, terutamanya jika disimpan selepas dikupas.

Kesimpulannya, jika anda ingin menjimat masa dengan merebus telur dalam kuantiti banyak, pastikan:

  1. Masukkan telur ke dalam peti sejuk sebelum dua jam selepas direbus.
  2. Simpan dengan kulit apabila boleh.
  3. Gunakan bekas kedap udara atau bekas bertutup rapat.
  4. Makan dalam seminggu untuk keselamatan optimum.

Dengan mengikuti garis panduan ini, pengguna dapat menikmati telur rebus yang selamat dan berkualiti tanpa kompromi kesihatan.

Baca juga: Ibu Kongsi Resipi Ayam Gunting Mudah Bawah RM30, Jadi Rebutan & Habis Licin Di Jamuan Sekolah Anak!

Sumber: Facebook Masak Apa Hari NI.. (MAHN) / Healthline / Fridge.com

FT Image: Trixie Charlotte Agnes / Timolina

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×