Nampak mudah tapi bukan senang untuk menghasilkan kacang goreng yang sedap dan rangup, salah cara alamatnya ia jadi pahit atau hangus. Dah kurang enak sajian anda pada hari itu.
Namun, anda janganlah runsing. Hal ini kerana, Yanti Muhamad ada tips terbaik untuk menggoreng kacang tanah dengan betul.
Baca juga: Teknik Terbaik Merebus Guna Dapur Gas Paling Cepat & Jimat, Tak Sampai Sejam Dah Empuk!
KACANG GORENG & TELUR REBUS
Bahkan, Yanti juga berkongsikan tips mudah untuk mengupas kulit telur rebus agar terbentuk bulat yang cantik. Kalau nak tahu tips-tips ini, jom baca sampai bawah!
Baca juga: [VIDEO] DIY Sabun Pencuci Pinggan Guna Limau Kasturi, Dapat 12 Liter & Jimat Bertahun!
Saya nak berkongsi sedikit tips untuk memudahkan kupas kulit telur rebus dan cara nak bagi kacang goreng itu sedap, rangup dan tak hangus.
Sayalah itu yang selalu goreng hangus hehehe.
Baca juga: Resipi Shell Tart Hanya Pakai 4 Bahan, Boleh Buat ‘Side Income’ Sampai Jana Ribuan Ringgit Seminggu!
Telur rebus
- Letakkan sedikit minyak dan sedikit gula dalam air rebusan.
- Rebus macam biasa.
- Dah mendidih, kecilkan api.
- Tunggu sekejap, baru tutup api.
- Terus buang air dan rendam sekejap dengan air biasa.
Sangat mudah bila nak kupas kulit telur. Lag-lagi telur burung puyuh.
Baca juga: Resipi Kek Batik Versi Rangup, Geng Yang Tak Suka Tekstur Lembut Mesti ‘Love’ Teruk!
Kacang goreng

Gambar: Yanti Muhamad
- Didihkan air dalam periuk.
- Sementara itu, cuci dulu kacang tanah dan toskan.
- Bila air dah mendidih, masukkan kacang tanah.
- Kacau-kacau dan biarkan sekejap.
- Lepas itu, toskan.
- Bolehlah goreng macam biasa.
Boleh juga guna cara ini untuk goreng ikan bilis. Hasilnya, kacang atau ikan bilis akan rangup.
Selamat mencuba!
Baca juga: Ini 12 Resipi Lazat Menu Diet Suku Suku Separuh, Nak Diet Jangan Sampai ‘Over’ Ikat Perut!
Sumber: YaNti Muhamad
FT Image: Yanti Muhamad

