Euforia Bola 2026
Percutian

Bukit Bintang Tersenarai Top 10 Destinasi Pelancongan ‘Overrated’ Di Asia! Biar Betul?

tempat tarikan pelancong

Malaysia sudah cukup dikenali sebagai sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian tempat tarikan pelancong, termasuklah kawasan Bukit Bintang. Hal ini kerana, Bukit Bintang menjadi pilihan utama buat sesetengah mereka yang suka akan suasana bandar.

Namun, tahukah anda Bukit Bintang telah menempa namanya sebagai 10 destinasi pelancongan yang dikategorikan sebagai ‘overrated’ di Asia? Senarai tersebut telah dikeluarkan oleh Times of India, pada seminggu yang lalu.

Baca juga: Bosanlah Asyik Teluk Kemang Je, Rupanya Ada Lagi 21 Pantai Cantik & Pasir Lembut Di Port Dickson!

TEMPAT TARIKAN PELANCONG ‘OVERRATED’ DI ASIA

tempat tarikan pelancong

Gambar: flickr oleh DocBudie

Berikut adalah kedudukan Bukit Bintang di dalam senarai 10 destinasi pelancongan paling ‘overrated’ di Asia.

  1. Phuket, Thailand
  2. Bali, Indonesia
  3. Great Wall of China
  4. Baga Beach, Goa, India
  5. Halong Bay, Vietnam
  6. Angkor Wat, Cambodia
  7. Mount Fuji, Japan
  8. Ubud, Bali, Indonesia
  9. Taj Mahal, India
  10. Bukit Bintang, Malaysia

Baca juga: Terbongkar! ‘Hidden Gems’ Di Setiap 14 Negeri Yang Orang Ramai Belum Habis Teroka

Punca Bukit Bintang disenaraikan sebagai destinasi pelancongan ‘overrated’ di Asia

Berdasarkan senarai di atas, Bukit Bintang berada di kedudukan ke-10 disebabkan oleh beberapa punca titik kelemahan seperti dinyatakan Times of India.

Antaranya adalah suasana yang sentiasa sesak dan bising, terutamanya pada waktu puncak yang boleh mengganggu keselesaan pelancong. Secara tak langsung, ia menyebabkan laluan pejalan kaki dan trafik menjadi sesak.

Selain itu, harga barangan dan perkhidmatan di kawasan Bukit Bintang dilaporkan dijual pada harga tinggi berbanding yang dijangkakan terutamanya pada makanan dan cenderamata.

Ia sekali gus, menyebabkan kawasan tersebut tidak mesra bajet kepada sesetengah pelancong.

Baca juga: Trip Sehari Menarik Di Sekinchan, Bila Tengok Gambar Rasa Nak Pergi Sekarang Je!

Daya tarikan Bukit Bintang

Meskipun disenaraikan sebagai destinasi yang mungkin tidak menepati jangkaan sesetengah pelancong, Bukit Bintang masih mempunyai daya tarikannya tersendiri.

Kawasan ini agak terkenal dengan deretan restoran yang menawarkan hidangan dari pelbagai negara, selain juadah tempatan yang sukar ditandingi.

Juga keunikan kawasan ini terletak pada kepelbagaian yang ditawarkannya. Dari pusat beli-belah mewah seperti Pavilion Kuala Lumpur hingga ke kedai-kedai kecil yang menjual barangan tempatan.

Justeru itu, bagi pelancong yang ingin mencari ketenangan atau keunikan budaya, Bukit Bintang mungkin tidak menawarkan dengan apa yang mereka inginkan.

Namun, bagi anda yang datang untuk menikmati suasana bandar moden, kesibukan bandar dan kemudahan membeli-belah yang tiada tandingan, Bukit Bintang adalah pilihan utama.

Baca juga: Berbaloi Baca! Orang Ini Dedah ‘Rahsia’ Bercuti Di Cameron Highlands, Yang Ramai Tersilap

Sumber: Times of India

FT Image: viator / Times of India

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×