Euforia Bola 2026
Percutian

9 ‘Port’ Viral Mesra Keluarga Sempena Cuti Sekolah 2026 Area Utara, Anak Enjoy Mak Ayah Pun Tak Stres!

tempat percutian

Cuti sekolah pertengahan tahun bakal bermula pada 22 Mei 2026 (buat negeri di Utara) dan pastinya ramai ibu bapa sedang mencari tempat percutian yang menarik untuk membawa anak-anak berjalan-jalan.

Kalau tak mahu bercuti terlalu jauh, kawasan utara Semenanjung sebenarnya mempunyai banyak tempat percutian mesra keluarga yang bukan sahaja menyeronokkan, malah penuh elemen pembelajaran untuk anak-anak.

Baca juga: Anak Kembar Dr Sheikh Muszaphar Raih Pingat Antarabangsa, Umur 4 Tahun Dah Mula Belajar Matematik

TEMPAT PERCUTIAN MESRA KELUARGA DI UTARA SEMENANJUNG

Daripada taman tema outdoor, muzium interaktif hinggalah lokasi alam semula jadi, ini antara tempat yang boleh dimasukkan dalam itinerary cuti sekolah nanti.

Tempat Percutian Mesra Keluarga di Pulau Pinang

Selain terkenal dengan makanan dan suasana bandar warisan, Pulau Pinang juga mempunyai banyak lokasi menarik untuk aktiviti keluarga.

Ada tempat bertemakan alam semula jadi, taman interaktif hinggalah aktiviti outdoor yang sesuai untuk anak-anak aktif.

1. Escape Penang

tempat percutian

Foto: Agoda.com

Escape Penang memang antara lokasi paling popular setiap kali musim cuti sekolah.

Tempat ini terkenal dengan aktiviti outdoor seperti flying fox, rope course, gelongsor air dan permainan mencabar yang sesuai untuk kanak-kanak serta orang dewasa.

Suasana dikelilingi kehijauan hutan membuatkan pengalaman lebih menyeronokkan dan tidak terlalu panas walaupun melakukan aktiviti lasak.

Boleh layari laman web Escape Penang untuk maklumat lanjut.

2. The Habitat Penang Hill

tempat percutian

Foto: Penang Tickets

Kalau nak bawa anak lebih dekat dengan alam semula jadi, The Habitat di Bukit Bendera memang pilihan sesuai.

Anak-anak boleh berjalan di laluan hutan sambil mengenali flora dan fauna tropika.

Tarikan utama di sini ialah canopy walk serta viewing deck yang menawarkan panorama cantik seluruh Pulau Pinang.

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web The Habitat Group

3. Entopia By Penang Butterfly Farm

tempat percutian

Foto: Entopia

Entopia bukan sekadar taman rama-rama biasa kerana tempat ini turut mempunyai pelbagai serangga, reptilia kecil dan ruang pembelajaran interaktif untuk kanak-kanak.

Anak-anak biasanya paling teruja melihat rama-rama berterbangan bebas di dalam taman tropika yang luas dan cantik.

Maklumat lanjut boleh layari laman web Entopia.

Tempat Menarik di Kedah

Kedah bukan sahaja terkenal dengan sawah padi yang luas, tetapi negeri ini juga mempunyai banyak lokasi santai dan aktiviti berunsurkan pendidikan untuk keluarga.

Sesuai untuk ibu bapa yang mahu anak-anak bermain sambil belajar sepanjang cuti sekolah.

4. Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara, Alor Setar

tempat percutian

Foto: Tripadvisor

Bagi ibu bapa yang mahu aktiviti lebih santai tetapi bermanfaat, pusat sains ini memang sesuai untuk anak-anak meneroka dunia sains melalui pameran interaktif.

Banyak aktiviti hands-on yang membuatkan proses pembelajaran jadi lebih menyeronokkan terutama untuk kanak-kanak sekolah rendah.

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web Pusat Sains Negara Cawangan Utara.

5. Tree Top Walk Sungai Sedim

tempat percutian

Foto: Tripadvisor

Lokasi ini terkenal dengan jambatan canopy walk yang panjang dan dikelilingi hutan hijau.

Sesuai untuk keluarga yang sukakan aktiviti alam semula jadi dan udara segar.

Selain berjalan menikmati pemandangan, kawasan sekitar juga sesuai untuk picnic dan aktiviti riadah bersama anak-anak.

Boleh layari laman web Tree Top Walk Sungai Sedim untuk maklumat lanjut.

6. Muzium Padi Kedah

tempat percutian

Foto: Hasrul Hassan

Muzium ini cukup menarik untuk memperkenalkan anak-anak kepada sejarah penanaman padi dan kehidupan masyarakat sawah di Kedah.

Antara tarikan utama ialah lukisan panorama sawah padi bersaiz besar yang sangat cantik untuk bergambar.

Untuk maklumat lain boleh layari laman web Lembaga Muzium Negeri Kedah Darul Aman.

Tempat Menarik di Perlis

Walaupun kecil, Perlis sebenarnya mempunyai banyak hidden gem menarik untuk percutian keluarga.

Suasana yang lebih tenang dan kurang sesak membuatkan ramai memilih negeri ini untuk short getaway bersama anak-anak.

7. Gua Kelam

tempat percutian

Foto: Attractions in Malaysia

Gua Kelam merupakan antara lokasi pelancongan terkenal di Perlis yang sesuai untuk aktiviti santai bersama keluarga.

Pengunjung boleh berjalan melalui jambatan dalam gua sambil menikmati suasana batu kapur yang unik dan sejuk.

Anak-anak biasanya teruja melihat struktur gua semula jadi yang jarang ditemui di bandar.

Maklumat lanjut tentang Gua Kelam boleh layari laman web Jabatan Perhutanan Negeri Perlis.

8. Taman Ular & Reptilia Perlis

tempat percutian

Foto: Perlis Malaysia

Kalau anak sukakan haiwan eksotik, tempat ini memang wajib singgah.

Terdapat pelbagai spesies ular, reptilia dan haiwan unik yang boleh dilihat dengan lebih dekat.

Selain menyeronokkan, lawatan ke sini juga memberi pengalaman pembelajaran baharu kepada anak-anak tentang dunia reptilia.

Untuk maklumat lain boleh dapatkan di Facebook Taman Ular dan Reptilia Negeri Perlis.

9. Taman Agrovet Perlis

tempat percutian

Foto: Instagram @countryroadhmsty

Taman Agrovet menjadi pilihan ramai keluarga kerana menawarkan suasana santai dengan pelbagai haiwan ternakan dan aktiviti mesra kanak-kanak.

Anak-anak boleh melihat haiwan secara dekat sambil menikmati pengalaman seperti berada di mini farm yang tenang dan nyaman.

Untuk maklumat lain boleh dapatkan di Facebook Taman Agrovet Perlis

Kadang-kadang anak-anak bukan perlukan percutian mahal atau jauh, tetapi masa berkualiti bersama keluarga.

Dengan pelbagai lokasi menarik di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis ini, ibu bapa boleh memilih aktiviti yang sesuai mengikut minat anak sama ada sukakan alam semula jadi, haiwan, sains atau aktiviti lasak.

Yang penting, rancang perjalanan lebih awal kerana musim cuti sekolah biasanya lebih sesak terutama di lokasi popular.

Baca juga: Nama Anak Eyka Farhana Cetus Tanda Tanya Netizen, Rupanya ‘Luay’ Nama Moyang Rasulullah SAW Ke-9

Sumber: Ecentral dan Traveloka

FT Images: Entopia, Hasrul Hassan dan Attractions in Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×