Setiap kali memilih tempat percutian tidak kira untuk melancong bersama keluarga atau berbulan madu, pasti anda akan terfikir tentang lokasi-lokasi yang menjadi bualan ramai tentang keindahannya. Namun, diingatkan bahawa apa yang disampaikan mengenai lokasi percutian itu tidaklah semanis yang disangka kecuali anda sudah pernah pergi.
Berikut merupakan antara 10 tempat percutian seluruh dunia yang dikatakan indah khabar dari rupa. Ada yang pertama kali pergi dan tidak mahu ulang percutian itu semula!
Baca juga: 10 Tempat Hanya Indah Khabar Dari Rupa Di Malaysia, Kalau Pergi Rasa Serabut!
10 TEMPAT PERCUTIAN SELURUH DUNIA YANG TERUK, HANYA INDAH LUARAN SAHAJA!
1.Bali

Foto: Outlook Travel Magazine
Pulau Bali, Indonesia ini adalah sangat popular buat anda yang ingin melancong di kawasan pantai. Tetapi ramai yang baru sampai di Bali mengatakan lokasi ini semakin ditakluki oleh pelancong dan ekspatriat yang menjengkelkan. Terlampau ramai pelancong yang terdiri dari para pempengaruh (influencer) yang menunggu dalam barisan panjang untuk mengambil swafoto di tapak bersejarah/kerohanian sedangkan mereka tidak ambil tahu apa-apa tentang lokasi sejarah tersebut. Katanya, banyak hotel seram juga..
2.Mesir

Foto: Medic Mesir
Mesir yang popular sebagai lokasi untuk pelajar menyambung pelajaran dalam bidang agama ini sebenarnya tidak sesuai untuk dijadikan tempat melancong. Mesir dikhabarkan mempunyai ramai orang cuba menipu pelancong tanpa henti, dari kerani lapangan terbang kepada pemandu teksi dan pemandu pelancong. Ada yang mengatakan bahawa sepanjang anda berjalan kaki, pasti akan ada ramai orang datang menjual dan meminta duit.
3.Paris

Foto: CN Traveller
Paris yang dikenali sebagai ‘The City of Love’ ini sangat dipandang tinggi dan menjadi lokasi sukan berprestij Olimpik 2024. Namun, hakikatnya ramai yang mengalami kekecewaan selepas melancong ke lokasi ini kerana penduduk tempatannya tidak mesra pelancong. Malah, kawasan sekitar pun sangat kotor dan banyak pencopet.
4.New York City

Foto: Fullsuitcase
New York merupakan bandar yang sangat popular serta ingin dilawati oleh sesiapa sahaja yang merupakan peminat filem Hollywood. Namanya sangat gah namun hakikat bagi anda yang berada di tempat ini adalah, kawasan sekitar yang kotor, ramai ‘homeless’, timbunan sampah yang busuk dan kawasan sistem pengangkutan awam yang hancing. Mungkin kerana terlampau ramai penduduknya..
5.Venice

Foto: Lonely Planet
Venice, Itali merupakan salah satu lokasi pilihan bagi setiap pasangan yang ingin berbulan madu buat pertama kali. Mungkin gambar yang anda ambil nanti akan kelihatan eksklusif namun bersedialah kalau ke sana untuk habiskan masa dengan beratur. Bandar Itali ini sangat sesak dan dipenuhi pelancong sehingga tidak dapat berhenti untuk menikmati pemandangan dan pengalaman di sekeliling.
6.Disney World, Florida

Foto: The Mirror
Ini merupakan lokasi impian ramai terutama sekali peminat Disney. Namun, sangat menghabiskan masa apabila anda terpaksa beratur sangat lama dalam setiap barisan mainan di Disney World serta perlu membelanjakan wang yang lebih dari dirancang. Akhirnya, anda dan ahli keluarga akan bergaduh dan tidak sempat merasa setiap permainan.
7.Dubai

Foto: Rough Guide
Inilah kota yang padat dengan orang kaya sehingga anda yang kaya di negara sendiri pun akan rasa miskin apabila sampai ke Dubai. Ramai yang mengatakan bahawa kota buatan ini membuatkan seluruh bandar rasa seperti taman hiburan yang sesak. Tiada apa-apa yang menarik perhatian dan hanya seperti klon Singapura yang lebih kecil.
8.Santorini, Greece

Foto: Tripadvisor
Kalau dilihat dalam gambar, Santorini memaparkan visual yang sangat indah namun, pemandangan indah ini dikatakan hanyalah tipu daya semata-mata. Di sebalik bangunan lama yang dikatakan cantik itu, ada bangunan kotor yang menjadi tempat tinggal. Malah, makanan yang dijual juga pada harga yang sangat mahal, seolah-olah ingin memerangkap pelancong.
9.Sydney

Foto: Tatler
Sydney, Australia dikatakan merupakan bandar yang tidak mempunyai personaliti. Sydney boleh diterokai dalam masa 1-2 hari sahaja dan tidak mempunyai banyak lokasi menarik dan unik. Selain Pantai Bondi yang popular kerana boleh berbogel serta Opera House, tidak banyak pilihan untuk anda lawati apabila berada di sana.
10.Amsterdam

Foto: Britannica
Menjadi antara lokasi yang wajib dilawati semasa berada di Eropah, Amsterdam sudah menjadi begitu sesak, huru-hara dan mudah dilanggar oleh pelancong lain yang menaiki basikal yang tidak pernah ditunggangi sebelum ini. Ramai menganggap lokasi ini sangat romantis namun kawasan jalan sekitar dikatakan kotor dan banyak sampah di sungai.
*Ini merupakan antara lokasi popular ingin dilawati ramai untuk berbulan madu, namun adakah semuanya sekadar indah khabar dari rupa? Mungkin diri sendiri yang kena pergi dahulu, baru boleh tahu!
Baca juga: Ini 7 Lokasi Misteri Di Dunia Yang Masih Jadi Tanda Tanya Pengkaji, No.3 Seram!
Sumber: Buzzfeed
