Euforia Bola 2026
Percutian

5 Tempat Pelancongan Bajet RM1000, Nak Pergi Luar Negara Pun ‘Lepas’!

TEMPAT PELANCONGAN

Setiap kali bercuti pasti ada bajet yang ditetapkan oleh anda sendiri dan sekiranya mencari sekitar RM1000, terdapat beberapa tempat pelancongan yang boleh dikunjungi.

Lebih menarik lagi, 5 tempat pelancongan sekitar RM1000 ini semuanya terletak di luar negara. Jadi, ikuti perkongsian penuh di bawah.

Baca juga: Tukaran Mata Wang Menurun, Jom Bercuti Di 5 Negara Ini. Barulah Feeling!

TEMPAT PELANCONGAN DI OVERSEA BAJET RM1000

1. Hatyai, Thailand

TEMPAT PELANCONGAN

Hatyai hanya terletak beberapa jam dari Bukit Kayu Hitam dan ia sudah tentunya menjadi pilihan tempat pelancongan semua orang Malaysia.

Perjalanan ke Hatyai lebih mudah kerana anda boleh menaiki kereta api bermula di Kuala Lumpur dan turun di Padang Besar, Kedah. Anggaran bayaran dikenakan untuk pergi dan balik ke Hatyai adalah sekitar RM100 sahaja.

Setelah tiba di sana, anda boleh menaiki kemudahan awam yang dipanggil TukTuk dan harganya sudah tentunya lebih murah.

Tempat menarik boleh dikunjungi apabila tiba di Hatyai adalah Khlong Hae Floating Market, Lee Garden Market, Restoran Kaitod Decha, Asean Night Bazaar dan lain-lain.

Hotel di Hatyai juga sangat berpatutan dan anda boleh memilih tempat bersesuaian mengikut bajet. Jika ingin tempat tidur selesa, anda perlu bmembayar lebih berbanding biasa.

2. Batam, Indonesia

TEMPAT PELANCONGAN

Tempat pelancongan seterusnya adalah Batam yang terletak di Laut China Selatan, wilayah Kepulauan Riau, Indonesia. Buat anda yang tidak tahu, Batam ini hanya berjarak kira-kira 25 km dari Johor, Malaysia.

Lokasi yang strategik ini mudah diakses melalui pengangkutan laut dan udara. Pulau Batam juga menjadi pusat perindustrian dengan perkembangan pesat kilang elektronik, industri pembaikan kapal yang besar dan berkembang serta sektor perkhidmatan minyak yang lebih besar.

Antara tempat boleh dikunjungi adalah Ocarina Park, Perkampungan Pelarian Vietnam, Barelang Bridge, Kampung Terih,
Batam Botanical Garden dan lain-lain.

Sekiranya anda ingin ke Batam dari Johor, boleh menaiki feri di Jeti Puteri Harbour atau Jeti Stulang Laut dan mengambil masa selama 2 jam.

3. Singapura

TEMPAT PELANCONGAN

Tempat pelancongan bawah RM1000 selanjutnya adalah Singapura. Kota Singa ini terletak berhampiran Johor Bahru dan boleh sampai dengan hanya mengambil masa kurang satu jam.

Kawasan popular di sini sudah tentunya Orchard Road kerana ia merupakan syurga membeli-belah dan dibanjiri pelbagai kedai untuk dikunjungi.

Selain itu, terdapat juga tarikan pelancongan yang lain seperti Pulau Sentosa , Taman Tema Universal Studios, Zoo Singapura, Taman Burung Jurong, Underwater World, Marina Bay, Chinatown dan banyak lagi. Namun, perlu diingatkan bahawa pertukaran mata wang agak tinggi dan menjadikannya sebagai destinasi pelancongan yang paling mahal dalam senarai ini.

Harga makanan tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah kerana rata-rata satu hidangan adalah bermula RM15.

4. Yangon, Myanmar

TEMPAT PELANCONGAN

Tempat pelancongan bawah seribu RM1000 anda boleh pilih adalah Yangon yang merupakan bandar terbesar di Myanmar. Gabungan seni bina kolonial yang cantik dilitupi daun emas dan bertatahkan permata.

Penerbangan dari Malaysia ke Yangon mengambil masa sekitar dua jam 45 minit dengan anggaran kos antara RM460 sehingga RM1,000 bagi penerbangan sehala.

Antara destinasi boleh dituju apabila tiba di sana adalah, Shwedagon Pagoda, Maha Wizaya Pagoda, Botataung Pagoda, Kuil Buddha Chaukhtatgyi, Sule Pagoda, Taman Kandawgyi, Muzium Negara Myanmar, Chinatown dan Pasar Bogyoke Aung San.

5. Medan, Indonesia

TEMPAT PELANCONGAN

Bandar ketiga terbesar di Indonesia, Medan terkenal dengan keunikan gabungan budaya dan menjadikannya sebagai tempat pelancongan pilihan ramai. Ia merupakan satu destinasi untuk dikunjungi sekiranya anda penggemar sejarah dan seni bina kerana dipenuhi dengan bangunan lama yang dibina pada era pemerintahan Belanda berpuluh tahun yang lalu.

Antara tempat boleh dilawati sekiranya tiba di kota Medan adalah Pusat Pejabat Pos, Water Tower, Dewan Bandaraya lama dan Titi Gantung. Istana Maimoon dibina oleh Sultan Deli pada tahun 1800-an merupakan salah satu destinasi paling popular di Medan.

Jangan lepaskan peluang untuk berkunjung di Masjid Medan, kuil kuno Maha Vihara Maitreya, Tanah Tinggi Brastagi dan air terjun dwi-warna Sibolangit. Anda juga boleh menaiki bas dari Medan ke gunung berapi Danau Toba untuk menikmati keajaiban alam semula jadi dunia.

Lebih menarik lagi, anda boleh menaiki feri dari Pulau Pinang ke Medan dengan harga tiket bermula RM180 (pergi dan balik) atau menaiki pesawat.

Makanan pula boleh didapati dengan harga serendah RM5 sekiranya anda membeli di warung. Harga di restoran pula adalah bermula RM8 sehingga RM40 seorang.

Jadi, yang mana satu menjadi pilihan anda untuk tempat pelancongan bawah RM1000?

Baca juga: Pasangan Ini Kongsi Itinerari Ke Afrika, Kenya Selama 10H9M, Seronoknya!

Sumber: Compare Hero

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×