Euforia Bola 2026
Percutian

5 Tempat ‘Shopping’ TERMURAH Di Malaysia, Harga Kaw Kaw & Pelancong Wajib Singgah!

membeli-belah

Aktiviti membeli-belah sememangnya menjadi antara agenda wajib bila pergi bercuti, terutamanya di lokasi-lokasi yang menawarkan barangan murah dan pelbagai pilihan. Di Malaysia, terdapat beberapa tempat membeli belah termurah yang bukan sahaja menjimatkan poket, tetapi juga memberikan pengalaman unik kepada pengunjung.

Dari Pasar Payang yang kaya dengan warisan budaya Terengganu, hinggalah ke Kompleks Bebas Cukai Emas Keranjang di Perlis. Senarai lokasi ini wajib anda singgah untuk menikmati pengalaman membeli-belah yang berbaloi dan menyeronokkan.

Baca juga: Ibu Kongsi Pengalaman Pas OKU SMILE Buat Anaknya, ‘Travel’ Percuma Semua Pengangkutan Awam!

TEMPAT MEMBELI-BELAH TERMURAH DI MALAYSIA

1. Pasar Payang, Terengganu

Pasar Payang

Gambar: The Star

Ramai orang luar sanggup datang ke Pasar Payang kerana barangnya lebih murah dan masih boleh tawar-menawar. Ia merupakan lokasi wajib singgah yang sangat popular jika anda bercuti di Terengganu.

Selain itu, disebabkan terdapat pelbagai jenis keropok lekor yang merupakan makanan simbolik di negeri Darul Iman itu. Khabarnya, keropok lekor istimewa yang dihasilkan daripada tepung sagu dan ikan wajib dicuba jika singgah ke sana.

Manakala, tingkat 2 Pasar Payang pula menjual pelbagai produk kraftangan harga mampu milik seperti batik yang sememangnya menjadi buruan pelancong. Malah, barang tembaga, batu permata, songket, sutera dan capal boleh juga diperoleh di sini

2. Zon Bebas Cukai, Kelantan

zon bebas cukai

Gambar: Sinar Harian

Di negeri Cik Siti Wan Kembang ini, terdapat dua zon bebas cukai yang terkenal menjadi persinggahan para pelancong yang terletak di Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor.

Zon Bebas Cukai Rantau Panjang dikatakan mempunyai kedai lebih banyak berbanding kawasan Zon Bebas Cukai yang lain dan menjual pelbagai produk kesukaan para ibu seperti pinggan mangkuk, sudu garfu, periuk belanga, kuali, kawah, toto, handbag berjenama (replika) dan coklat.

Selain itu, perbezaan besarnya berbanding tempat lain yang menjual produk sama adalah harga yang ditawarkan di situ cukup kompetatif dan murah.

Sementara itu, Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor tidak memiliki perbezaan yang ketara seperti di Rantau Panjang. Cuma yang membezakan sedikit adalah suasana dan persekitarannya. Harga masih murah untuk anda membeli-belah!

Baca juga: Gusar ‘Power Bank’ Meletup Dalam Pesawat, Juruterbang Beri Saranan Buat Langkah Ini!

3. Kenanga Wholesale City, Kuala Lumpur

membeli-belah

Gambar: Linkedin

Kenanga Wholesale City (KWC) dikenali sebagai syurga kain kepada pembeli yang menawarkan harga yang amat murah! Carilah apa yang anda mahu, semuanya ada di sini.

Pakaian yang dijual mempunyai banyak pilihan dari segi corak, warna dan juga jenis. Buat pembeli rambang mata!

Boleh dikatakan KWC ini didedikasikan kepada umat Islam kerana terdapat lebih 800 kedai pakaian Muslimah di pusat membeli-belah ini.

4. GM KLang, Selangor

Selain KWC, tempat murah lain yang berdekatan untuk membeli barang murah adalah di GM Klang, Selangor. Bukan sahaja dapat berjimat, anda juga boleh menikmati pelbagai pilihan produk yang menarik.

Antara produk yang dijual adalah pakaian yang ‘fashionable’, pelbagai barang dapur dan perhiasan rumah yang dijual dengan harga berpatutan. Anda juga boleh membawa pulang pelbagai produk di bawah harga RM50.

Malah, GM Klang terkenal dengan suasana khidmat pelanggan yang mesra dan terdapat pelbagai kedai dalam satu lokasi, menjadikannya destinasi tepat untuk membeli-belah.

5. Kompleks Bebas Cukai Emas Keranjang, Perlis

membeli-belah

Gambar: myhalalxplorer

Pencinta barang berjenama yang menginginkan harga mampu milik, sudah pasti tidak akan melepaskan peluang untuk membeli-belah di Kompleks Bebas Cukai Emas Keranjang ini. Ia adalah lokasi pilihan bagi mereka yang mencari barangan import tanpa perlu risau tentang bayaran cukai yang tinggi.

Antara produk yang boleh didapati adalah pakaian, beg, jam tangan, minyak wangi, peralatan dapur dan coklat dengan tawaran harga yang lebih rendah daripada biasa.

Maka, tidak hairan tempat ini bukan sahaja menjadi tumpuan pengunjung lokal, bahkan dari luar negara juga kerana lokasinya yang strategik berhampiran sempadan Thailand.

Baca juga: Ramai Terkejut Kalkulator IOS & Android Ada Fungsi Tukaran Mata Wang, Mudah ‘Travel Overseas’

Sumber: MyWeekendPlan / ItsLilyKamal / JomJalan / Libur / MyHalalXplorer

FT Image: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×