Perancangan bercuti bersama anak selalunya buat mak ayah pening kepala untuk memilih destinasi popular yang betul-betul selesa, selamat dan mesra keluarga. Tiga negara yang sering jadi pilihan ialah Korea Selatan, Jepun dan Turki.
Setiap satu ada tarikannya yang unik, malah menawarkan pengalaman yang sangat berbeza untuk kanak-kanak.
DESTINASI POPULAR PILIHAN MAK AYAH SUKA BAWA ANAK

Gambar hiasan: Haidatina
Mak ayah pula selalu tanya, “Negara mana paling ‘family friendly’ terutamanya dari segi makanan, cuaca, pengangkutan dan aktiviti untuk anak?”
Jawapannya bergantung pada usia anak, bajet dan keselesaan perjalanan.
Tetapi berdasarkan tren pelancongan serta perkongsian ramai ibu bapa, Korea dan Jepun biasanya mendahului carta sebagai destinasi keluarga paling mudah, manakala Turki pula menawarkan pengalaman lebih luas bagi yang sukakan budaya dan sejarah.
Korea Selatan – Mudah, dekat dan penuh aktiviti untuk kanak-kanak

Gambar hiasan: tawatchai07
Korea jadi antara pilihan utama kerana penerbangan lebih singkat berbanding Turki dan makanan Korea semakin mudah diterima kanak-kanak. Banyak lokasi sesuai untuk keluarga:
- Lotte World dan Everland: taman tema terbesar, banyak aktiviti selamat untuk anak kecil.
- Nami Island: suasana nature, sesuai untuk kanak-kanak bebas bermain.
- Petite France & Italian Village: lokasi bergambar yang luas dan selamat.
- Dongdaemun Design Plaza: ada muzium interaktif untuk anak.
Pengangkutan Korea sangat mesra stroller dan banyak laluan subway ada lif. Ini memudahkan keluarga yang melancong dengan bayi.
Jepun – Paling family friendly, bersih dan mudah urus

Gambar hiasan: Nasiha
Jika tanya mak ayah yang pernah bawa anak, majoriti kata Jepun paling mudah untuk liburan keluarga. Antara sebab utama:
- Sistem pengangkutan tepat masa dan sangat stroller friendly
- Tandas awam bersih, luas dan banyak bilik khas untuk bayi
- Makanan Jepun mudah diterima kanak-kanak seperti curry rice, ramen dan rice bowl
Tempat wajib pergi bersama anak:
- Tokyo Disneyland & DisneySea
- Universal Studios Japan (Osaka)
- Legoland Japan, Nagoya
- Ueno Zoo dan Asahiyama Zoo (Hokkaido)
- TeamLab Planets/Tokyo untuk pengalaman sensori
Ramai keluarga Malaysia jadikan Jepun sebagai destinasi pertama untuk travel luar negara kerana faktor selamat dan terurus.
Turki: Indah, luas dan penuh sejarah

Gambar hiasan: Freepik
Turki pula sesuai untuk keluarga yang ingin pendedahan budaya lebih luas. Kanak-kanak dapat belajar sejarah, seni bina dan gaya hidup masyarakat yang berbeza.
Tempat menarik untuk keluarga:
- Cappadocia: naik hot-air balloon (tengok dari bawah pun anak-anak sangat teruja)
- Pamukkale: kolam semula jadi putih seperti kapas
- Istanbul: Hagia Sophia, Blue Mosque, Topkapi Palace
- Konya: belajar budaya Whirling Dervish
- Antalya: pantai cantik dan banyak resort family friendly
Namun perjalanan di Turki lebih jauh antara bandar, jadi sesuai untuk anak yang sudah besar.
NEGARA MANA PALING MAK AYAH SUKA BAWA ANAK?
Jika melihat trend serta perkongsian keluarga Malaysia, Jepun paling banyak disebut sebagai destinasi terbaik untuk travel bersama anak. Sebabnya:
- Pengangkutan sangat teratur dan mudah walaupun bawa stroller.
- Makanan mesra kanak-kanak dan mudah diakses.
- Tandas awam sangat selesa untuk ibu bapa.
- Banyak aktiviti untuk anak dari bayi hingga remaja.
- Cuaca sederhana (musim luruh dan bunga) amat sesuai untuk perjalanan panjang.
Korea berada di tempat kedua kerana jarak yang dekat dan banyak tempat menarik, manakala Turki pula menjadi pilihan keluarga yang mahu pengalaman lebih luas dan unik.
Apa pun pilihan mak ayah, yang penting suasana perjalanan sesuai dengan usia anak dan bajet keluarga. Travel bersama anak bukan sahaja memori, tapi pengalaman yang membentuk dunia mereka.
REV Media Group melalui My Resipi, Sirap Limau, VOCKET dan Waktu Solat Malaysia memperkenalkan Halal Travel, kempen yang direka khas untuk membantu pelancong Muslim ke luar negara dengan tenang, selamat dan penuh yakin.
Ia adalah inisiatif menyeluruh yang membawakan panduan makanan halal, waktu solat & arah kiblat, tip perjalanan & keselamatan serta aktiviti ‘halal-friendly’ yang menarik.
Layari www.myresipi.com/halaltravelmy untuk maklumat lanjut.
Sumber: Kelab Mama / Kembara Serantau / Glam / Tajria / Travellah /
FT Image: Freepik / Nasiha
