Kadang-kadang kita rasa susah nak beri arahan kepada anak lelaki. Kita suruh solat, dia diam membatu. Kita suruh belajar, dia buat tak tahu. Macam dengar, tapi tak bergerak pun. Situasi ini boleh buat ibu bapa rasa buntu, sebab itulah penting untuk faham teknik ajar anak lelaki yang lebih berkesan agar arahan kita benar-benar sampai dan diterima.
Ramai ibu bapa tak sedar bahawa anak lelaki sebenarnya mendengar kata, cuma mereka perlukan pendekatan yang betul. Bukan suara tinggi atau arahan berulang kali, tetapi cara penyampaian yang sesuai dengan emosi dan gaya perkembangan mereka.
Baca juga: Ibu Tergamam Anak Ada ‘Simpanan Rahsia’, Dalam Beg Sekolah Padat Dengan Wang Tunai RM767!
5 TEKNIK AJAR ANAK LELAKI PATUH ARAHAN

Gambar Dr Yuliana Ayob.
Pengalaman ini dikongsikan oleh Dr Yuliana Ayob, seorang pakar keibubapaan, yang menekankan pentingnya membina hubungan dan bonding dengan anak sebelum memberi arahan.
Menurut beliau, “To get a boy to listen, prioritize connecting with him, especially through physical touch and focused time, while also being clear, calm and positive.” Maksudnya, kita perlu bina hubungan dulu, bukan terus memberi arahan secara kaku.
Dr Yuliana juga berkongsi beberapa teknik praktikal yang telah dicuba dan terbukti membantu anak lelakinya lebih mudah mendengar arahan.

Gambar Canva.
Berikut adalah 5 cara utama yang boleh ibu bapa amalkan:
1. Bina hubungan melalui sentuhan
Sentuhan fizikal sangat berkesan. Letakkan tangan lembut di bahu atau tangan anak semasa bercakap. Sentuhan kecil ini menyampaikan mesej “Mama sayang dan ambil berat.”
2. Luangkan masa berkualiti
Sediakan masa khusus setiap hari untuk benar-benar bersama anak. Tidak lama pun tidak mengapa. Contohnya ikut peraturan 7-7-7: 7 minit waktu pagi, 7 minit selepas balik sekolah, 7 minit sebelum tidur. Masa singkat tetapi berkualiti ini membina keakraban dan kepercayaan.
3. Sejajarkan pandangan mata
Tunduk atau duduk supaya mata kita selaras dengan anak ketika memberi arahan. Elakkan mengarah dari jauh atau menjerit. Ini membuat anak rasa dihormati dan lebih bersedia untuk mendengar.
4. Bercakap dengan tenang dan jelas
Gunakan nada suara yang tenang dan jelas. Terangkan apa yang kita mahu anak lakukan dan kenapa. Contohnya, bukan “Jangan lari!” tetapi “Tolong jalan perlahan.” Nada lembut tetap boleh tegas.
5. Puji kerjasama
Apabila anak ikut arahan walaupun kecil, ucap terima kasih atau beri pujian. Contohnya, “Mama suka cara Yunus cepat respon tadi.” Pujian ini menguatkan motivasi anak untuk terus mendengar.
Dr Yuliana menekankan bahawa perubahan mungkin tidak berlaku sekelip mata, tapi dengan kata-kata lembut, sentuhan dan masa berkualiti, hubungan ibu bapa dengan anak lelaki akan menjadi lebih rapat dan arahan lebih mudah diterima.
Small gestures, soft words, big impact.
Sumber: Dr Yuliana Ayob
FT Image: AI
