Nampanya tarikh Raya Aidiladha telah diumumkan sebentar tadi apabila umat Islam di Malaysia dijangka akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada Rabu, 27 Mei 2026 bersamaan 10 Zulhijjah 1447H.
Baca juga: Selain Gemuk & Sempurna Fizikal, Ramai Baru Tahu 6 Warna Haiwan Korban Ini Juga Kena Utamakan!
TARIKH RAYA AIDILADHA 2026 PADA 27 MEI

Foto: BERNAMA
Pengumuman rasmi tarikh Hari Raya Aidiladha kebiasaannya akan dibuat oleh penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selepas proses cerapan anak bulan dilakukan di beberapa lokasi seluruh negara.
Bagi tahun ini, umat Islam di seluruh dunia sudah mula membuat persiapan awal termasuk ibadah korban, tempahan haiwan korban serta perancangan cuti bersama keluarga sempena hari yang penuh keberkatan ini.
Waktu Wukuf Di Arafah 2026
Difahamkan, waktu wukuf di Arafah bagi jemaah haji di Arab Saudi akan berlangsung pada Isnin, 25 Mei 2026, bermula selepas waktu Zuhur hingga Maghrib.
Untuk rakyat Malaysia, waktu tersebut adalah sekitar:
Bermula: 5.18 petang (waktu Malaysia)
Berakhir: 11.55 malam (waktu Malaysia)
Ramai mengambil peluang pada hari Arafah untuk memperbanyakkan doa, berpuasa sunat dan melakukan amal ibadah kerana ia antara hari paling mustajab dalam Islam.
Menjelang Aidiladha, kebanyakan keluarga mula membuat beberapa persiapan seperti:
- Menempah lembu atau kambing korban
- Membeli kelengkapan raya
- Menyusun jadual balik kampung
- Menyediakan menu istimewa raya haji
- Mengemas rumah untuk menerima tetamu
Selain itu, ramai juga mula mencari koleksi doa hari Arafah dan panduan ibadah korban untuk diamalkan bersama keluarga.
Semoga sambutan Aidiladha tahun ini membawa keberkatan dan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan serta silaturahim sesama kita.
Baca juga: Rindu Yang Tak Akan Pernah Hilang…Ini Koleksi Doa Indah Buat Arwah Ibu Tercinta Sempena Hari Ibu
Sumber: BERNAMA
