Bulan Zulhijjah 2025 merupakan antara bulan yang mulia dalam kalendar Islam terutama sekali ketika sepuluh hari pertama bulan ini.
Sempena bulan yang penuh keberkatan ini, berikut adalah tarikh-tarikh penting dalam bulan Zulhijjah 2025 yang umat Islam perlu tahu.
Baca juga: Kalau Selalu Rasa Seram Sejuk Dalam Rumah Sendiri, Amalkan Ayat Batal Sihir Ini Untuk ‘Lawan’!
TARIKH PENTING BULAN ZULHIJJAH 2025/1446H

Berikut penulis kongsikan senarai tarikh-tarikh penting yang anda perlu ambil tahu:
Hari terakhir bercukur & potong kuku
30 Zulkaedah = Rabu 28 Mei
“Sesiapa yang mempunyai binatang korban untuk disembelih, maka apabila terlihatnya anak bulan Zulhijjah, janganlah dia mengambil satu apa pun (yakni memotong) daripada rambutnya, mahupun daripada kukunya sehingga dia selesai berkorban,” Hadis Riwayat Imam Muslim (1977).
Mula puasa sunat
“Rasulullah SAW biasa berpuasa pada sembilan hari awal Zulhiljah pada hari Asyura, berpuasa tiga hari setiap bulannya” (HR Abu Daud)
1 Zulhijjah = Khamis 29 Mei 2025
2 Zulhijjah = Jumaat 30 Mei 2025
3 Zulhijjah = Sabtu 31 Mei 2025
4 Zulhijjah = Ahad 1 Jun 2025
5 Zulhijjah = Isnin 2 Jun 2025
6 Zulhijjah = Selasa 3 Jun 2025
7 Zulhijjah = Rabu 4 Jun 2025
8 Zulhijjah = Khamis 5 Jun 2025
Puasa Hari Tarwiyah
8 Zulhijjah = Khamis 5 Jun 2025
Niat Puasa Hari Tarwiyah:
نَوَيْتُ صَوْمَ تَرْوِيَةَ سُنَّةً لِلّٰهِ تَعَالٰى
“Sahaja aku berpuasa sunat Hari Tarwiyah kerana Allah Ta‘ala.”
Bagi umat Islam yang tidak mengerjakan haji, digalakkan berpuasa pada hari ini dan keesokannya (Hari Arafah).
Puasa Hari Arafah
9 Zulhijjah = Jumaat 6 Jun 2025
Niat Puasa Hari Arafah:
نَوَيْتُ صَوْمَ عَرَفَةَ سُنَّةً لِّلِه تَعَالَى
“Saya berniat puasa sunat ‘Arafah kerana Allah Taala.”
Sabda Rasulullah SAW:
“Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya dari neraka seperti Hari Arafah. Pada hari tersebut Allah mendekati mereka dan berbangga dengan mereka (hamba-hambanya) di sisi malaikat dan berkata: Apa yang mereka mahukan?” (Sahih Muslim)
Hari Raya Aidiladha
10 Zulhijjah = 7 Jun 2025
Hari tasyrik
11 Zulhijjah = 8 Jun 2025
12 Zulhijjah = 9 Jun 2025
13 Zulhijjah = 10 Jun 2025
Pada hari-hari Tasyrik, umat Islam diharamkan untuk melakukan ibadat puasa, ini kerana Hari Tasyrik juga membawa maksud “Hari Makan Minum”.
Hadis Rasulullah Dari Nubaisyah al-Hudzali RA katanya:
”Rasulullah bersabda: ”Hari-hari Tasyrik (10,11,12 dan 13 Zulhijjah) adalah hari-hari makan minum.” (Hadis Riwayat Imam Muslim)
Diharapkan anda tidak terlepas tarikh penting bulan Zulhijjah 2025 ini. Semoga bermanfaat!
Baca juga: Dalam Sibuknya Bergelar Ibu, Jangan Lupa Berdoa Untuk Diri Sendiri Sebagai Penawar Keletihan
