Tarikh Hari Raya 2026 diumumkan sebentar tadi, dan umat Islam di seluruh Malaysia bakal menyambut Aidilfitri pada 21 Mac, Sabtu, dengan penuh kegembiraan selepas pengumuman rasmi 1 Syawal.
Tarikh 1 Syawal 1447H telah ditetapkan jatuh pada 21 Mac, Sabtu sekali gus menandakan berakhirnya bulan Ramadan dan bermulanya sambutan Aidilfitri.
TARIKH HARI RAYA 2026 PADA (BILA) UNTUK UMAT ISLAM DI MALAYSIA

Pengisytiharan tersebut dibuat oleh Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad selaku Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, selepas mendapat perkenan Majlis Raja-Raja serta mempersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.
Dalam pengumuman itu, beliau memaklumkan bahawa penetapan tarikh Hari Raya Puasa bagi seluruh negeri di Malaysia dibuat setelah memenuhi semua prosedur yang ditetapkan.
Terdahulu, proses cerapan anak bulan Syawal telah dilaksanakan di 29 lokasi di seluruh negara bagi menentukan permulaan bulan baharu dalam kalendar Islam.

Kaedah penentuan awal Syawal di Malaysia adalah berdasarkan gabungan rukyah (cerapan anak bulan) dan hisab (pengiraan astronomi) yang dipersetujui oleh pihak berkuasa agama.
Sehubungan itu, umat Islam di Malaysia kini bersedia menyambut Aidilfitri dengan penuh kesyukuran selepas sebulan menunaikan ibadah puasa, di samping mengambil peluang untuk berkumpul bersama keluarga serta sanak saudara.
Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada seluruh pembaca SirapLimau!
Sumber: YouTube Astro Awani
