Euforia Bola 2026
Inspirasi

Semangat Sayangkan Negara, Bapa Cina Minta Anak Jaga Lencana Jalur Gemilang, Siap Pesan Anak Kena Hebat Bahasa Melayu!

seragam sekolah

Semalam merupakan hari pertama penguatkuasaan pemakaian lencana Jalur Gemilang oleh para pelajar di institusi pendidikan seluruh negara. Di mana, masyarakat dapat menyaksikan ribuan pelajar telah menyemat lencana tersebut pada seragam sekolah masing-masing.

Bukan hanya tertakluk kepada pelajar sekolah rendah dan menengah kelolaan kerajaan, malah mereka yang sedang menuntut di sekolah bantuan kerajaan, Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru Malaysia turut diwajibkan memakai lencana ini.

Baca juga: Puisi ‘Ku Cari Damai Abadi’ Nukilan Tun Abdullah Kembali Tular, Beri Aspirasi Buat Ramai Tersentuh!

SERAGAM SEKOLAH TERSEMAT JALUR GEMILANG

seragam sekolah

Gambar Ng Chee Kean

Berikutan itu, seorang bapa kepada dua orang pelajar sekolah rendah berkongsi pengalaman hari pertama anak-anaknya yang digelar ‘Upin dan Ipin’ di laman Facebook.

Selain itu, bapa yang bernama Ng Chee Kean turut menetapkan beberapa syarat kepada anak-anak lelakinya itu apabila Jalur Gemilang sudah tersemat di dada. Di mana, dia menegaskan nilai disiplin dan tanggungjawab dalam diri anak-anak.

Baca juga: Lalu Lintas Sesak Teruk Musim Beraya, Anak Felda Jelai Gemas Ambil Inisiatif Jadi ‘Polis Trafik’

Hari ini hari pertama Upin Ipin pakai lencana Jalur Gemilang. Papa sudah set beberapa syarat bila Jalur Gemilang ada di dada kita.

1. Pakaian sekolah dijaga sebaik-baiknya

Tak boleh bagi kotor. Dia tak boleh sentuh lantai. Baju tak boleh buang sini sana lagi.

2. Keutamaan bertutur Bahasa Melayu

Bila ada Jalur Gemilang di dada, keutamaan bahasa akan diberikan kepada Bahasa Melayu.

Bila keluar kelas pergi beli makan di kantin jumpa makcik pakcik Cina semua wajib guna Bahasa Malaysia.

Bagi ucapan dan salam pun dalam BM, bila jumpa kawan-kawan walaupun di sekolah Cina.

Baca juga: Bapa Minta ‘Resign’ & Gajikan Untuk Jaga Sakit, Netizen Puji Kebajikan Anak Terjaga

3. Bahasa Melayu perlu bertambah baik

Bahasa Melayu awak perlu bertambah baik. Merosot atau tidak bertambah baik, saya akan keluarkan lencana.

Nanti cikgu awak mungkin tanya Horace dan Howie mana lencana awak? Awak boleh jawab Papa pegang.

Dia akan tanya kenapa dia pegang? Awak jawab pada cikgu sebab Bahasa Melayu saya kurang baik. Saya boleh jumpa guru besar sekolah jika perlu.

Menurut lelaki tersebut, syarat ini perlu dipegang dan dilaksanakan oleh anak-anaknya.

Jadi, pastikan syarat-syarat dipegang dan dilaksanakan. Bukan sekadar pakai lencana sahaja. Perlu tahu hikmah dan tanggungjawabnya sebagai seorang murid di Sekolah Kebangsaan.

Baca juga: Rider Terkejut Jumpa Flat Bersih TIADA Sampah “Ini Dah Melanggar Hukum Flat!”

Sumber: Ng Chee Kean

FT Image: Ng Chee Kean

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×