Euforia Bola 2026
Didik

Formula Huruf “K”, Guru Bongkar Cara Kreatif Lukis Bintang 14 Bucu Jalur Gemilang Buat Ramai Terpana!

bucu bintang

Bucu bintang pada Jalur Gemilang bukan sekadar simbol grafik, tetapi melambangkan penyatuan 13 negeri dan Wilayah Persekutuan yang teguh berdiri di bawah satu negara.

Baru-baru ini, tular satu video memaparkan seorang guru dikenali sebagai Yana mengajar cara untuk melukis bentuk-bentuk yang terdapat dalam bendera kebangsaan itu.

Baca juga: Ini Senarai Sekolah Pemulihan Akhlak Di Malaysia, Tak Semua Yang Masuk Juvana Terus Ke Penjara

HURUF ‘K’ FORMULA MUDAH LUKIS BUCU BINTANG JALUR GEMILANG

bucu bintang

Menariknya, guru Pendidikan Seni Visual itu mencuri perhatian ramai apabila menunjukkan setiap langkah lakaran bintang di dalam bendera berkenaan dengan begitu mudah.

“Tutorial melukis bintang 14 bucu 🇲🇾 jangan pening-pening kita guna formula huruf ‘K’ jee,” terangnya di kapsyen.

Dalam video tersebut, cikgu Yana dilihat memulakan dengan melakar bulatan, kemudian membahagikan bahagian dalamnya dengan beberapa garisan pecahan.

Selepas itu, cikgu Yana melakar bentuk segi tiga sebagai bucu bintang di sekeliling bulatan sebelum memadam garisan dalam yang tidak diperlukan.

Hasilnya, terpapar bintang sempurna persis di Jalur Gemilang.

Baca juga: Kanak-Kanak Usia 5 Tahun Bakal Diwajibkan Mula Prasekolah, PM Anwar Umum Menerusi RMK13!

bucu bintang

Lebih menarik, cara yang ringkas dan kreatif ini membuatkan ramai warga maya terhibur serta terinspirasi. Ruangan komen dipenuhi pelbagai reaksi lucu dan spontan daripada netizen.

“Kalau ada tutorial ni dari awal takda lah lukis bintang tu rupa durian,” seloroh seorang pengguna.

“Dah la cikgu, saya dah terlanjur dewasa dah,” komen seorang lagi.

“Dulu saya pakai duit syiling,” tulis seorang lagi.

Di sebalik jenaka dan gurauan, usaha guru ini mengingatkan kita bahawa setiap 14 bucu bintang pada Jalur Gemilang membawa maksud mendalam tentang perpaduan rakyat Malaysia. Kreativiti seperti ini bukan sahaja memudahkan pelajar, tetapi turut menanam rasa bangga serta kecintaan kepada bendera negara.

Ketika negara menyambut bulan kemerdekaan, inisiatif kecil seperti ini sebenarnya memberi makna besar. Ia mengajar bahawa patriotisme boleh dipupuk bukan sahaja dengan mengibarkan Jalur Gemilang, tetapi juga melalui seni, pendidikan, dan kebersamaan dalam menghargai simbol negara.

@yanamnf

Tutorial melukis bintang 14bucu 🇲🇾 jangan pening2 kita guna formula huruf “K” jee 😂 #malaysia #bulankemerdekaan #foryou

♬ MALAYSIA – Faizal Tahir

Baca juga: 5 Tips Isi UPU Untuk Elak Jadi Graduan ‘Tersadai’ Habis Konvo, Lepasan STPM Baca Ini!

Sumber: TikTok @yanamnf

Ft Image: TikTok @yanamnf

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×